2 Resepi Mee Rebus yang Sangat Sedap

Jom cuba Resepi Mee Rebus ini. Resepi ini sesuai dijadikan menu tambahan untuk jamuan rumah terbuka.

Nak buat mee rebus yang sedap? Rahsianya bergantung kepada  kepekatan dan kemanisan kuah yang anda masak.

Anggaran masa memasak kira-kira 20 minit. Resepi di bawah adalah untuk 5 hidangan.

Resepi Mee Rebus yang Sangat Sedap

Ramuan resepi mee rebus / Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Telur rebus : 3 biji
  • Taugeh yang siap buang ekor dan dicelur : 250 gram taugeh
  • Mee kuning yang siap dicelur : 1 kilogram
  • Bawang goreng
  • Cili hijau yang dihiris nipis-nipis
  • Limau kasturi
  • Cili merah yang dihiris nipis-nipis
  • Daun sup yang dihiris halus : 1 tangkai
  • Tauhu goreng yang dihiris : 3 ketul
Bahan untuk penyediaan kuah:
  • Ubi keledek merah kira-kira 2 ketul : 500 gram
  • Daging dihiris nipis : 500 gram
  • Minyak masak : 1 senduk
  • Taucu : 2 sudu besar
  • Bawang merah : 5 ulas
  • Bawang putih : 4 ulas bawang
  • Halia : 2 cm
  • Udang kering yang direndam : 1 sudu besar
  • Serbuk kari daging : 2 sudu besar
  • Tomato dipotong dadu : 1 biji
  • Serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus) : 1/2 cawan
  • Lengkuas : 2 cm
  • Air : 6 cawan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara untuk memasak kuah mee rebus :

  1. Rebus keledek sehingga masak kemudian lenyek sehingga halus.
  2. Kisar halus : Bawang merah, bawang putih dan udang kering.
  3. Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan yang dikisar halus tadi sampai wangi. Masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak sehingga pecah minyak. Seterusnya Masukkan daging dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan  keledek yang dilenyek tadi bersama air. Masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan serbuk kacang , lengkuas, dan tomato. Didihkan kuah sehingga menjadi pekat. Letak  gula dan garam secukupnya.
Cara untuk menghidang:
  • Masukkan mee ke dalam pinggan. Tuangkan kuah.
  • Hiaskan dengan daun bawang, tauhu goreng, cili merah, telur rebus, cili hijau dan taugeh. Perahkan limau kasturi.

Hidangan mee rebus sudah siap sedia untuk dimakan.

 

Resepi Mee Rebus Terengganu.

Jom cuba Resepi Mee Rebus Terengganu pula.Resepi Mee Rebus Terengganu Sedap

Ramuan Resepi Mee rebus Terengganu/ Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Saiz : 4-5 hidangan.

  • Bawang putih yang siap ditumbuk : 3 ulas
  • Bawang merah yang siap ditumbuk : 3 ulas
  • Mee kuning : 500 gram
  • Air :  6 cawan
  • Sup bunjut : 1
  • Lada hitam yang ditumbuk : 1 sudu besar
  • Telur : 3 biji
  • Fish ball : 1 paket
  • Fish cake : 1 paket
  • Sayur sawi
  • Tomato yang dihiris : 2 biji
  • Lobak merah yang dihiris : 1 batang
  • Ayam atau daging
  • Taugeh

 

 

Cara-cara menyediakan Mee Rebus Terengganu :

  • Masukkan  minyak masak dalam periuk kemudian panaskan. Tumis bawang putih dan juga bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan air, lada hitam, sup bunjut dan daging atau ayam. Reneh dengan api yang sederhana.
  • Masukkan fish cake, fish ball dan lobak merah. Masukkan telur dan biarkan masak tanpa dikacau.
  • Masukkan tomato dan sayur sawi.
  • Celur mee kuning dengan air panas. Hidangan Mee Rebus Terengganu sudah siap sedia untuk dimakan.
  • Jika nak lebih sedap, letakkan  sambal kicap, bawang-bawang, hirisan daun sup,  dan limau nipis.

Pautan berkaitan:


2 Resepi Mee Rebus yang Sangat Sedap | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply