Asas Blog – Tips Nak Buat Blog

Tips Asas Blog – Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membina Blog?

Berikut saya ingin berkongsi sedikit tips asas blog yang harus anda ketahui sebelum mula membina blog:

1. Anda perlu ada minat yang mendalam, semangat serta keghairahan yang membuak-buak dalam menulis blog. Pilihlah topik yang anda suka agar tidak mudah berasa bosan dikemudian hari.

Tips Asas Blog - Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membina Blog

2. Anda perlulah sentiasa berusaha meningkatkan pelawat blog dari masa ke semasa jika mahukan pendapatan yang lebat daripada blog tersebut. Anda harus tahu, semakin bertambah trafik blog semakin kencanglah pendapatan blog tersebut.

3. Blog anda perlu mempunyai niche yang tersendiri. Blog yang memfokuskan kepada sesuatu topik akan sentiasa mendapat pengikut yang setia.

  • Secara Ringkas Tentang Blog.

Perkataan BLOG berasal daripada perkataan weB LOG. Secara umumnya, blog adalah sedikit berbeza daripada laman web dimana kandungannya disusun secara kronologikal mengikut tarikh. Kandungan yang baru, disusun dahulu diikuti kandungan yang lebih lama.

Asas Blog - Secara Ringkas Tentang Blog

Di dalam blog, anda boleh menulis apa sahaja yang  diinginkan. Antaranya, anda boleh menulis tentang:-

  • Kisah perjalanan hidup anda.
  • Idea-idea bernas yang difikirkan.
  • Pendapat peribadi tentang sesuatu isu.
  • Ilmu atau kemahiran yang anda miliki.

Skop penulisan blog adalah sangat luas, tulislah tentang apa sahaja yang anda suka mengikut kreativiti anda sendiri.

  • Ciri-ciri Blog yang Anda Harus Tahu.

Isi kandungan – Merupakan bahagian utama bagi sesuatu blog. Boleh berbentuk teks, gambar dan juga video.

Ciri-ciri Asas Blog yang Anda Harus Tahu

Tarikh – Menunjukkan bila isi kandungan tersebut dimasukkan ke dalam blog.

Ruangan komen – Membolehkan para pembaca meninggalkan mesej, komen kritikan pendapat atau mengajukan soalan pada setiap kandungan yang dipaparkan.

Arkib – Menyimpan dan mengumpulkan kandungan yang pernah dipaparkan. Pada kebiasaannya, arkib dikategorikan mengikut bulan.

RSS Feed – Membolehkan pembaca-pembaca mengikuti perkembangan terkini sesuatu blog.


Asas Blog – Tips Nak Buat Blog | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

Leave a Reply