Azam Tahun Baru – Cara Menetapkan Matlamat

Tahun 2017 telah pun memasuki hari kedua. Rasanya masih belum terlewat untuk saya menulis tentang azam tahun baru. Sekian lama juga saya tak menulis di blog ini disebabkan saya agak sibuk dengan perkara lain. Saya harap hasil penulisan saya kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Azam Tahun BAru - Dari Meja Admin

Azam Tahun Baru – Dari Meja Admin

Berbalik semula kepada tajuk iaitu tentang azam tahun baru, saya ingin berkongsi beberapa perkara di sini. Tak banyak perkara yang saya nak sampaikan, cuma dua perkara sahaja. Simple tapi penting.

  1. Bagaimana menetapkan matlamat tahun baru.
  2. Bagaimana cara mencapai impian yang telah ditetapkan.

 

Cara untuk menetapkan azam tahun baru.

Kebanyakkan kita gagal untuk mencapai azam tahun baru disebabkan dari awal lagi kita mengabaikan perkara penting. Semasa menetapkan azam tahun baru, matlamat kita kenalah jelas. Ini adalah punca kebanyakkan daripada kita terkandas awal dalam meniti titian menuju impian yang kita harapkan.

Impian yang samar adalah umpama kita melalui jalan yang diselubungi kabus yang tebal. Kita tidak tahu kemana kita perlu tuju. Langkah kita mungkin perlahan disebabkan tidak dapat merangka strategi. Lebih teruk lagi, kita mungkin tersungkur disebabkan halangan-halangan yang tidak dijangkakan.

Sebagai contoh, anda berazam ingin menurunkan berat badan. Matlamat sebegini ini terlalu samar. Cuba tanya beberapa soalan kepada diri anda supaya menjadikan impian anda itu lebih jelas.

  1. Berapa kilogram berat yang anda mahu turun?
    Saya ingin turunkan berat badan sebanyak 30kg.
  2. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk menurunkan berat badan 30kg?
    Saya akan turunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 10 bulan.

Jawapan sebegini sudah cukup jelas. Apabila impian anda sudah jelas, saya pasti anda akan lebih yakin dan tahu tentang hala tuju azam tahun baru anda. Anda pun mudah untuk merangka strategi dalam mengapai impian tersebut. Saya akan perincikan tentang bagaimana cara mencapai impian yang anda telah tetapkan dalam entri akan datang. Saya harap anda dapat praktikkan apa yang telah saya kongsikan ini.


Pautan:

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. Hosting 12/09/2017

Leave a Reply