Bahaya Vape vs Keburukan Merokok

Perbandingan bahaya vape dengan keburukan merokok.

Adakah vape bahaya? Ramai yang tidak tahu tentang bahaya vape.

Rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape merupakan sejenis alat elektronik yang terdiri daripada alat pemanas, bateri, alat penakung cecair dan corong untuk menghisap. Ketika vape dihisap, ia akan mengaktifkan alat pemanas seterusnya menyebabkan cecair di dalam penakung ini mengalami proses pengewapan. Proses ini tidak melibatkan pembakaran.

Ramai yang tidak tahu tentang bahaya vape.

Adakah vape bahaya? Ramai yang tidak tahu tentang bahaya vape. Penggunaan vape kini semakin menular dikalangan remaja Malaysia.

Berikut saya senaraikan perbandingan antara bahaya vape dengan keburukan merokok. Sumber ini boleh dipercayai.

Bahaya Vape.

1. Mengandungi cecair nikotin tulen dengan kepekatan hingga sebanyak 4mg/1ml (sumber analisis dari Pusat Racun Negara).

2. Kandungan emisi tidak dikawal dan belum ada kajian yang dibuat setakat ini untuk menilai tahap emisi tersebut.

3. Mengandungi bahan-bahan karsinogenik yang lain seperti Formaldehyde dan Logam Berat (Heavy Metals) yang boleh menyebabkan kanser.

4. Kesan sampingan jangka panjang terutama kanser masih belum dapat dibuktikan dan masih perlu kajian lanjut.

5. Mudah untuk diubah suai berikutan kandungan dalam bentuk cecair dan kebarangkalian penggunaan dadah sintetik adalah tinggi.

6. Kanak-kanak berisiko tinggi terdedah kepada keracunan. Ini disebabkan perisa vape berwarna menarik serta bau yang wangi.

Bahaya perisa vape - pelbagai jenis perisa vape di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis perisa vape dalam pasaran Malaysia. Perisa ini dalam bentuk cecair yang dipek dalam botol kecil yang menarik.

Bahaya rokok.

1. Mengandungi tembakau yang dicarik dan digulung.

2. Kandungan emisi bagi kandungan nikotin adalah dikawal di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

3. Mengandungi lebih 4,000 bahan kimia berbahaya.

4. Kesan sampingan jangka panjang terutama kanser telah terbukti.

5. Sukar untuk diubah suai berikutan kandungan dalam bentuk pepejal.

6. Risiko keracunan kepada kanak-kanak adalah rendah disebabkan dalam bentuk fizikal.

Sumber rujukan : Vape Bukanlah Selamat
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
www.moh.gov.my | www.infosihat.gov.my


Pautan berkaitan:

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. Violin 03/11/2016

Leave a Reply

close

SHARE plzz... TQ 😊

Facebook
GOOGLE
TWITTER