LOADING

Type to search

Lain-lain

🔴 BERAPA YOUTUBE BAYAR KEPADA KITA UNTUK 50K VIEW DARI SATU VIDEO

ZAM KING Jan 08

BERAPA YOUTUBE BAYAR UNTUK VIEW DI MALAYSIA

• Hi.. Assalamualaikum. Okay pada video kali ni saya akan tunjukkan pada korang.. berapa Youtube akan bayar sekiranya korang mempunyai 50 ribu views dekat satu video.

BERAPA YOUTUBE BAYAR UNTUK 50 RIBU VIEW - COVER
BERAPA YOUTUBE BAYAR UNTUK 50 RIBU VIEW

Kalau nak tengok full video ni .. korang kena subscribe channel Youtube ZAM KING.. dan jangan lupa follow IG zamking8.

Jom kita tengok video selepas ini.

Ni adalah contoh video saya yang mencecah 50 ribu views. Tadi saya tengok masih lagi 50 ribu views.. sekarang dah 51 ribu views.

Okay saya akan tunjukkan statistik secara details.. untuk video ni berapa yang saya dapat. Jom kita tengok.

Kalau korang nak tengok statistik untuk video korang.. korang kena download apps ni. Apps ni untuk mobile phone.. YT Studio ni..

Okay download yang tu lepas tu korang boleh tengok.. setiap video korang secara details.

Kalau korang tengok macam untuk video ni..

  • Views dah 51 ribu..
  • Kemudian komen ada 381..
  • dan like 1700..

Ada tanda duit hijau bawah tu.. yang tu maknanya.. Video korang dapat iklan.. untuk video ni.. Jadi korang boleh dapat duitlah dari hasil iklan kat video korang.

Yang hijau-hijau tu.. maksudnya perfomance video korang tu.. lebih baik dari video yang lain lah..

Kalau nak tengok lebih details.. korang klik je..

Okay yang ni korang akan nampak lebih details ye..

  • Real time views berapa?
  • Watch time berapa?

Watch time kan.. korang kena ada 240 ribu untuk melepasi syarat. Itu untuk semua video.

Ni untuk video ni sahaja.. saya dah capai 100 ribu minit ye..

Okay lepas tu korang boleh tengok..

  • Ada views untuk 28 hari yang lepas ada 23 ribu ye..
  • Untuk 28 hari yang lepas.. untuk video ni saya dapat USD 17.30

Sekarang saya nak tunjukkan.. Sepanjang views ni.. 50 ribu views ni.. dah dapat berapa total income untuk video ni sahaja? Saya klik ni.. details..

Okay sekarang ni time dia saya tukarkan ye.. daripada 28 saya buat lifetime lah..

Okay total untuk lifetime saya dapat lebih kurang..

Anggaran lebih kurang USD 37. So tengok perfomance video ni.. Mula-mula slow sikit.. Setiap hari tak sampai 1 Dollar pun untuk video ni.. tapi.. selagi ada views.. selagi tu korang akan dapat duit daripada video ni..

USD 37 ni kita akan convert kepada RM.. Berapa yang saya dapat ye? Yang ni sekarang saya buka Google converter.. Google converter ni saya dah set daripada USD kepada RM..

Okay sekarang 1 Dollar bersamaan dengan RM4.36

So, sebab tu ramai buat Youtube.. sebab lagi jatuh Ringgit, lagi besar kita dapat. Sebab dia kan dalam USD kan.. Saya akan tunjukkan berapa ye tadi? RM37 kan? 37.. okay..

Korang boleh tengok USD37 bersamaan dengan RM161.

Haaa.. itulah yang saya dapat untuk video tadi.. RM161.. Okay kita kira pula.. untuk RM161 ni.. kalau 1 ribu views berapa yang saya dapat?

Ni untuk 50 ribu views kan? Okay dalam 1 ribu views berapa pula yang saya dapat.. Sekarang saya buka apps calculator je kat phone.. OK.. Kita akan tengok berapa yang saya akan dapat .. untuk 1 ribu views..

Anggaran je.. tadi RM161 kan untuk 50 ribu views.. Sekarang kita nak tahu untuk 1 ribu kita bahagi je dengan 50.

Okay untuk 1 ribu views.. anggarannya adalah..

Lebih kurang RM3.22.. yang ni lah anggaran untuk video tadi.. RM3.22 untuk 1 ribu views.. Tak semestinya untuk 1 ribu views.. korang akan dapat sama..

Ada setengah video akan dapat banyak.. ada setengah video akan dapat sikit..

  • Bergantung kepada jenis iklan yang korang dapat..
  • Bergantung juga kepada niche apa yang korang pilih.. samada travel ke.. vlogging ke atau hiburan ke.. hartanah ke..

Ada setengah niche nilainya lebih tinggi.. Ada setengah niche tu.. lebih umum.. jadi nilainya lebih rendah.. dia bergantung kepada kategori yang korang pilih.

OK lepas tu kalau korang perasan.. Youtuber dia akan buat..

Dia akan cuba drag video dia.. akan jadi 10 minit. Sebab apa kalau korang perasan.. yang youtuber akan cuba drag video dia jadi panjang.. sehingga 10 minit?

Sebabnya.. kalau video 10 minit korang akan nampak.. sepanjang video dia.. kat tengah-tengah tu akan ada banyak iklan.. berbeza dengan video yang tak sampai 10 minit..

Kalau video tu tak sampai 10 minit..

Korang akan nampak iklan tu dekat awal dan akhir sahaja. Sebab tu Youtuber akan cuba drag video dia jadi panjang supaya dia akan dapat banyak iklan.

Lebih lama orang tonton video tu.. lebih banyak duit yang akan masuk kat dia..

Itu saja yang saya rasa nak kongsi dengan korang tentang Berapa Youtube Bayar untuk view di Malaysia. Terima kasih sebab menonton video ni sampai habis.. Okay BYE!

Tags: