Adegan Big Hero 6 Sangat Menghiburkan.
Big Hero 6 mula ditayangkan di GSC seluruh Malaysia bermula 13 November 2014.
Sejak saya tertonton trailer Movie Big Hero 6, saya menjadi tidak sabar menunggu saat filem ini ditayangkan di pawagam. Apa yang membuatkan saya begitu tertarik untuk menonton cerita ini adalah kerana saya suka melihat adegan lucu watak robot berwarna putih, gemuk lagi buncit yang begitu comel.
Akhirnya, saat yang ditunggu telah pun tiba. Saya berkesempatan juga menonton filem ini bersama adik saya di panggung wayang GSC Village Mall, Sungai Petani, Kedah. Filem ini bergenre aksi, pengembaraan dan animasi. Tempoh masa tayangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit.
- Jalan Cerita Movie/Sinopsis.
Jalan cerita kisah pengembaraan ini berkisarkan tentang seorang budak genius yang bernama Hiro Hamada. Dia kehilangan abang kesayangannya, Tadashi dalam kemalangan yang misteri. Baymax, iaitu sebuah robot yang dibangunkan oleh Tadashi menjadi watak penting yang menghiburkan dalam cerita ini. Cerita ini berlaku di San Fransokyo , sebuah bandar fiksyen yang menggabungkan imej San Francisco dan Tokyo .
- Kenapa Anda Wajib Tonton Movie ini?
Plot-plot jalan cerita Movie ini disusun dengan rapi. Permulaan cerita yang mengagumkan. Hiro adalah seorang budak yang genius. Dia mampu mencipta sesuatu yang hebat pada usia yang begitu muda.
Saya paling suka pada bahagian pertengahan cerita animasi ini. Watak Baymax mula menjadi perhatian pada bahagian ini. Adegan SUPER lucu Baymax membuatkan saya tidak berhenti ketawa sehingga meleleh air mata. Sehingga kini saya masih terbayang-bayang lagi adegan-adegan lucunya.
Pengakhiran cerita, agak menyentuh perasaan. Perasaan sedih mula menyelubungi diri. Suasana dalam panggung wayang jadi sunyi seketika tatkala Baymax memaparkan rakaman video ketekunan Takashi dalam menghasilkan Baymax.
- Pandangan Peribadi tentang Movie Baymax ini.
Pada saya, filem ini sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan umur. Tidak kiralah samada kanak-kanak, remaja, mahupun golongan dewasa memang sesuai untuk menonton wayang ini. Rating untuk cerita Big Hero 6 ini saya berikan 8.5 daripada 10. Jika anda suka dengan filem ini, anda boleh terus mengikuti siri Manga yang bertajuk Baymax hasil karya artis, Haruki Ueno. Siri Manga ini baru sahaja bermula.
Pautan:
big hero 6 game
Big Hero 6 Torrent 1080p – YouTube
Youtube : Big Hero 6 Official NYCC Trailer (2014) – Disney …
Big Hero 6 Soundtrack – 02 Hiro Hamada (Henry Jackman …
Big Hero 6 – Ulasan Peribadi | iZiVio.com
iZiVio
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
Latest posts by iZiVio (see all)
- Tambah Real Followers Instagram Malaysia 2019 - 07/02/2019
- Beli Followers Instagram Malaysia – Real Follower - 23/07/2018
- Prosedur Keselamatan untuk Akaun Instagram - 05/05/2018
rombak yg lama pastu buat yg baru, still sama gak..
Tgk promo pun dah best… X sabar nk pi tgk nnt