Blog Menarik – Bagaimana Caranya

Perkara Asas yang Perlu Anda Tahu untuk Menjadikan Blog Menarik.

  • Cara menjadikan blog menarik.

Bagi menjamin blog mendapat kedudukan teratas di carian Google, anda perlu memastikan setiap kandungannya adalah unik. Aktiviti plagiarism ataupun menciplak hasil karya penulisan orang lain sememangnya sukar dibendung. Saya biasanya memantau aktiviti sebegini di Copyscape. Hal ini penting kerana anda dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan ranking blog daripada jatuh mendadak.

Blog Menarik Wajib Elak Kandungan Blog Ditiru

  • Cara untuk Mengukur Pengaruh Sesebuah Blog.

Bayangkan anda adalah seorang penulis novel. Anda merancang mempromosikan novel terbitan terbaru di sesebuah laman blog. Apakah pendekatan yang anda akan pilih untuk menentukan blog yang berpotensi memberikan pulangan yang berbaloi?

Cara untuk Mengukur Pengaruh Blog Menarik

Anda memang bijak jika memilih blog yang menepati pembaca sasaran yang anda mahukan. Sebelum terus melompat ke langkah tersebut, saya berharap anda mempertimbangkan dahulu beberapa perkara. Berikut saya kongsikan tiga garis panduan yang boleh digunakan untuk menilai kekuatan pengaruh sesebuah blog :

  1. Jumlah pengunjung ataupun trafik blog yang banyak dan sentiasa konsisten.
  2. Nilai PageRank Google yang tinggi.
  3. Kedudukan yang baik di Alexa.
  • Cara untuk menaikkan ranking blog di Google.

Dalam era perkembangan teknologi yang kian pesat kini, nama Google semakin gah di persada antarabangsa. Google yang dahulunya hanya dikenali sebagai sebuah enjin carian, sekarang nama syarikat gergasi itu menjadi lebih hebat dengan pelbagai teknologi pintar yang telah diperkenalkan.

Tips untuk Blogger - Google

Jika anda bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, anda wajib memastikan blog tersebut diindeks  di dalam enjin carian. Google boleh diumpamakan sebagai magnet yang sangat kuat kerana mampu menarik bilangan trafik ataupun pengunjung yang sangat besar. Cara untuk menjadikan blog anda dikenali di  Google sebenarnya tersangatlah mudah. Langkahnya, anda cuma perlu mendaftarkan alamat blog di Webmaster Tools. Blog tersebut mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diindeks di google.


Pautan:

Tajuk Blog yang Menarik – Rahsia Blogging | iZiVio.com

Keyboard Warrior: bangkitlah semula blog lucu menarik

(Y): Segmen:BLOG PALING MENARIK HARI INI ADALAH

Nama Nama Blog Yang Menarik | my.Mustaffa


Blog Menarik – Bagaimana Caranya | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. Hasrul Hassan 19/03/2015

Leave a Reply