Blog RedMummy – Blog Wanita Melayu Popular

Siapa Pemilik Blog RedMummy?

Blog RedMummy bermula pada tahun 2005.

Pada asalnya blog ini bertapak di RedMummy.blogspot.com, kemudian berpindah ke RedMummy.com. RedMummy merupakan sebuah blog personal. Nama pemilik blog ini ialah Mira binti Abu Bakar.

Siapa Pemilik Blog RedMummy

Mira adalah seorang ibu yang gilakan apa sahaja yang berwarna merah. Jadi, tidak hairanlah hampir kesuluruhan template blognya berwarna merah terang. Dia sangat suka menulis dan berkongsi cerita. Setiap kisahnya disampaikan dengan terperinci terutamanya cerita tentang melancong dan membeli-belah.

Tagline blog RedMummy ialah ‘Pencinta Merah, Red Lover, Red Diva”. Apa yang menarik, kandungan cerita dan penyampaian blog ini mempunyai identiti tersendiri. Walaupun pemilik blog ini hanyalah seorang ibu, blog ini dipenuhi dengan pelbagai aspek penulisan mencakupi topik pelancongan, keibubapaan, membeli-belah, solekan, fesyen, selebriti dan bermacam-macam lagi. Mira atau lebih dikenali dengan nama kak Red, gemar menulis apa sahaja yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pembaca.

  • Redmummy Menjana Pendapatan dengan Blogging Hampir Mencecah RM30 Ribu.

Cek pertama yang diterima oleh RedMummy menerusi blogging adalah selepas 2 tahun dia berkecimpung dalam dunia blogging iaitu lebih kurang RM90. Walaupun jumlahnya kecil, dia begitu teruja dan tidak menyangka dengan hanya menulis blog peribadi di masa lapang, ianya mampu menjana pendapatan sampingan. Pendapatan yang diperolehinya ketika ini adalah begitu lumayan dimana pendapatan maksimanya melebihi RM10 ribu.

Income Blog RedMummy Hampir Mencecah RM30 Ribu

  • 6 Tips dari RedMummy tentang Asas Blog untuk Menjadi Blogger Berjaya.
  1. Mempunyai semangat yang tinggi dan minat yang mendalam untuk menjadi penulis blog yang berjaya.
  2. Tidak pernah kenal erti putus asa.
  3. Kerap menyiarkan entri-entri baru.
  4. Cuba elakkan topik yang menyentuh isu sensitif terutamanya isu-isu perkauman dan juga isu-isu politik.
  5. Bina kandungan blog yang berkualiti dahulu sebelum anda berharap untuk menjana pendapatan daripada blog.
  6. Anda perlu bersabar sekiranya blog anda belum berjaya menjana pendapatan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun kerana ini adalah perkara yang biasa dialami oleh kebanyakkan blogger.

Tips untuk Menjadi Blogger Berjaya

  • Membongkar Rahsia Kejayaan Blog RedMummy.
  • RedMummy (RM) sangat komited terhadap blognya. Pernah satu ketika dahulu dia menyiarkan sehingga 10 entri sehari. Walaupun pada ketika ini dia tidak lagi menulis entri sebanyak itu, akan tetapi dia masih lagi konsisten dengan sentiasa menghidangkan entri-entri yang baru.

Kunci untuk Berjaya dalam Blogging

  • Dia adalah seorang yang tabah, kental dan bersemangat tinggi. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, ibu dan juga blogger yang terkenal, dia sanggup luangkan masanya untuk menghadiri majlis. Dia melaburkan waktu malamnya selama 3 jam untuk berblogging.
  • Dia juga sentiasa menjaga hubungan (PR) dengan baik. Tak kiralah dengan media, pengiklan dan juga pembaca.
  • Sangat bermotivasi tinggi. Tidak pernah puas dengan kejayaan yang dikecapi sekarang. Dia sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.

Blog RedMummy – Blog Wanita Melayu Popular | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. Nur Farah 11/11/2016
  2. Hasrul Hassan 19/03/2015

Leave a Reply