Cara Buat Duit dengan Blog Part 1

Nak tahu bagaimana cara buat duit dengan blog?

Saya ada terbaca satu artikel tentang blog di Utusan Malaysia yang diterbitkan pada 1 September 2015. Tajuknya, “Lima cara jana pendapatan tambahan menerusi Blog.” Tajuk artikel ini berjaya menarik perhatian saya memandangkan saya sendiri adalah seorang penulis blog.

Di sini, saya berkongsi secara ringkas apa terkandung dalam artikel tersebut. Ada 5 cara buat duit dengan blog. Tips-tips ini boleh menjadi rujukan kepada yang masih baru dalam dunia blogging.

  1. Jual barang dan perkhidmatan.

Ramai yang menjual produk dan perkhidmatan melalui blog. Kebanyakkan blog sebegini gagal bertapak lama. Kenapa ini berlaku? Kesilapan utama kegagalan adalah disebabkan terlalu memfokuskan untuk menjual produk atau memperkenalkan perkhidmatan semata-mata. Pendekatan ini akan membuatkan pelawat jadi kurang selesa seterusnya mereka menjauhi blog sebegini.

Pelbagai Cara Buat Duit dengan Blog

Sekiranya anda ingin mejual produk atau memperkenalkan produk melalui blog, apa yang sepatutnya anda lakukan? Pertama sekali, cuba anda letakkan diri anda sebagai pelanggan. Fikirkan, apa yang seorang pelanggan mahukan? Fikirkan sedalam-dalamnya. Lupakan dahulu anda sebagai penjual.

Produk bukan perkara pertama yang mereka mahukan. Yang paling penting adalah informasi yang  dikongsikan. Ramai pelawat yang akan terbang ke blog anda bila mendapati banyak maklumat dan tips-tips berguna yang anda kongsikan. Tanpa anda sedar pengunjung blog anda akan bertambah saban hari dengan bertambahnya tips-tips bermanfaat yang anda kongsikan. Apabila anda melepasi tahap pertama barulah anda gunakan kemahiran anda untuk mempromosikan produk anda secara tidak langsung. Cuba sampaikan dengan baik tanpa membuatkan pembaca fikir anda terlalu menekan untuk menjual sesuatu.

Alamak! Terpanjang pula huraian saya untuk tips yang pertama cara buat duit dengan blog. Ada lagi 4 tips yang akan kongsikan lagi dengan anda dalam artikel yang lain. Cuba anda fahamkan tips yang pertama ini dahulu dan adalah lebih baik jika anda cuba praktikkannya. Semoga usaha anda berhasil.


Pautan:

Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog

Cara Buat Duit Online Dengan YouTube 2015 – YouTube

Cara buat duit dengan youtube – Cari Kerja – Blogger

Cara buat duit dengan facebook


Cara Buat Duit dengan Blog | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. Deven 07/04/2016
  2. oh pt3 25/02/2016

Leave a Reply