Tajuk Blog – Apa yang Perlu Anda Tahu?

Teknik SEO Cara untuk Menulis Tajuk Blog.

Jika anda ingin menjadi blogger sejati, anda wajib mengetahui teknik asas SEO untuk menulis tajuk blog yang menarik.

Kata kunci ataupun keyword adalah perkara terpenting dalam teknik SEO. Cuba untuk selitkan kata kunci pilihan dalam tajuk artikel blog yang ditulis.

Teknik SEO Cara untuk Menulis Tajuk Blog

Sila buat analisis dan kajian kata kunci terlebih dahulu di AdWords. Lihat kata kunci yang popular. Utamakan kata kunci yang popular dan kurang persaingan. Pilihlah kata kunci berantai panjang untuk mengurangkan persaingan.

  • Kenapa anda mesti menulis tajuk-tajuk yang menarik?

Katakan anda sedang lapar, kemudian anda dihidangkan dengan 1001 jenis makanan. Makanan mana yang akan anda pilih? Mustahil anda dapat merasa kesemua makanan itu. Saya yakin, anda akan lebih tertarik kepada makanan yang memberikan persembahan yang menarik. Aroma bau yang mengiurkan. Hiasan yang memukau dan tampak lazat. Rona warna terang yang begitu menarik perhatian. Beberapa faktor ini akan membuka selera anda dan pastinya menjadikan anda tidak sabar untuk menjamahnya.

Asas Blog - Secara Ringkas Tentang Blog

Begitulah juga dengan blog. Walaupun isi kandungan blog adalah perkara utama, tetapi tajuk entri blog yang hebat juga memainkan peranan penting. Kombinasi antara keduanya akan memberikan pelbagai impak terutamanya dari segi jumlah pembaca blog tersebut.

  • Kenapa tajuk artikel blog begitu penting?

Berikut adalah sebab kenapa tajuk artikel blog yang menarik begitu penting :

Kenapa Tajuk Blog Menarik Penting

  • Magnet untuk menarik pembaca untuk membaca lebih lanjut kandungan blog.
  • Ranking blog akan diindeks di muka hadapan carian google sekiranya menggunakan kata kunci yang betul.
  • Blog anda kerap mendapat pelawat baru dan secara tak langsung trafik blog tersebut sentiasa akan bertambah.
  • Ruangan komen blog anda akan lebih meriah kerana hampir setiap pembaca ingin mengutarakan pendapat masing-masing.

Pautan:

Cara Buat Blog Sendiri – HasrulHassan

Teknik Buat Blog|Tutorial Blogger

Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog

Bagaimana Nak Buat Blog – BloggInspired


Tajuk Blog – Apa yang Perlu Anda Tahu? | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

Leave a Reply