Cara Elak Perut Buncit – Tips & Petua

Tip – Cara Elak Perut Buncit.

“Argghhhhhhh…. Perut semakin membuncit. Malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Pakaian kelihatan sendat dan tidak muat di badan.” Usah gusar dan risau, berikut ada beberapa tip cara elak perut buncit.

  • Minum Jus Limau.

Di awal pagi, sebelum anda mengambil sarapan, minumlah segelas jus limau. Jus ini membantu membersihkan sisa makanan dan meneutralkan kandungan asid di dalam perut anda. Jus epal hijau atau jus lemon juga boleh diminum bagi menggantikan jus limau.

Cara Elak Perut Buncit

  • Tunggu Dua Minit.

Untuk mengelakkan perut buncit anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya dua minit selepas makan untuk meminum air. Sekiranya mampu, tunggulah sehingga 5-10 minit selepas makan. Ini juga membantu sistem penghadaman untuk bekerja dengan lebih baik. Selain itu, elakkan juga untuk makan berselang seli dengan minum.

  • Elakkan Mengambil Minuman Sejuk Semasa Makan.

Minuman sejuk akan menyebabkan proses pencernaan makanan di dalam badan anda menjadi kurang cekap. Inilah yang akan membuatkan perut anda menjadi buncit. Sekiranya anda memang dah terbiasa minum ketika makan, lebih baik anda minum minuman panas atau suam.

Tips dan Petua Atasi Bibir Kering dan Mengelupas

  • Berpuasa.

Berpuasa adalah cara yang paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman. Jika tidak mampu, anda boleh hanya mengambil jus buah-buahan tanpa gula pada waktu siang. Anda hanya akan makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  • Kunyah Makanan Sehingga Betul-betul Hancur.

Kunyahlah makanan anda lebih lama sehingga hancur sebelum ianya ditelan. Ini adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan. Makanan yang telah dihancurkan dengan baik akan membantu menambahkan kecekapan sistem penghadaman anda untuk mencerna makanan.

  • Kombinasi Makanan.

Pilihlah kombinasi makanan yang baik setiap kali anda ingin makan. Makanan yang kita ambil terdiri daripada 3 komponen utama iaitu sumber karbohidrat seperti nasi, roti dan kentang. Kedua adalah sumber protein contohnya seperti daging, tenusu, kacang dan soya. Komponen ketiga adalah lemak contonya seperti minyak masak.


Pautan berkaitan:

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN MUDAH – YouTube

Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu | New Rossa …

Senaman Untuk Kempiskan Perut Buncit | Lieza Zainal

Petua Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut – Info Berguna Demi …


Cara Elak Perut Buncit – Tips & Petua | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply

close

SHARE plzz... TQ 😊

Facebook
GOOGLE
TWITTER