Petua Merahkan Bibir – Punca Bibir Hitam

Petua Merahkan Bibir yang Gelap Secara Semulajadi.

Kebanyakkan kaum wanita pastinya ingin tahu rahsia ataupun petua merahkan bibir.

Bibir menawan merupakan salah satu aset bagi kaum wanita. Mempunyai bibir yang mungil dan merah semulajadi adalah idaman setiap kaum wanita. Akan tetapi tidak semua di kalangan kita memiliki bibir yang merah semula jadi walaupun mempunyai bentuk bibir yang cantik. Bibir hitam adalah masalah yang amat besar kepada kaum wanita yang mementingkan kecantikan dan sering ingin tampil dengan kecantikan yang sempurna. Bagi anda yang mengalami masalah bibir hitam, jangan risau kerana terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan bibir anda merah semulajadi.

Cara Merahkan Bibir

  • Punca bibir hitam.

Terdapat pelbagai punca bibir kita menjadi hitam. Bibir kita menjadi hitam adakalanya disebabkan oleh faktor keturunan. Selain daripada faktor keturunan, ianya juga disebabkan oleh penggunaan lipstick yang kerap dan tidak dibersihkan dengan sebetulnya sebelum tidur. Akhirnya, sisa lipstick yang masih ada pada bibir akan menyebabkan lama kelamaan bibir akan menjadi hitam.

  • Jangan merokok.

Selain itu, sekiranya anda merupakan seorang perokok, ketahuilah bahawa merokok itu juga salah satu punca bibir akan menjadi hitam. Bahkan bukan sahaja bibir yang menjadi hitam, malah gusi juga akan turut menjadi hitam. Hal ini disebabkan oleh kandungan nikotin yang tinggi di dalam rokok mempengaruhi warna bibir anda menjadi hitam.

Merokok punca bibir hitam

  • Kafein antara punca bibir hitam.

Selain daripada nikotin, kafien juga merupakan antara salah satu punca bibir menjadi hitam. Bagi anda yang sungguh gemar dengan kopi, ianya amat tidak elok untuk kesihatan bibir anda kerana jumlah kafien yang anda ambil dengan banyak telah menyebabkan terjadinya kehitaman pada bibir.

  • Elakkan menggigit bibir.

Tahukah anda bahawa tabiat menggigit bibir juga merupakan salah satu daripada punca berlakunya bibir anda menjadi hitam? Sekiranya anda mempunyai tabiat ini, segeralah berhenti kerana ianya akan menyebabkan pigmentasi berlaku pada bibir sehingga bibir akan menjadi hitam. Kekurangan vitamin C juga menyebabkan bibir akan menjadi hitam kerana kekurangan Vitamin C menghalang sel-sel baru pada bibir untuk kembali sihat.

Petua Merahkan Bibir

Baca lagi: Petua Merahkan Bibir yang Gelap


Pautan:

35 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Alami dan Cepat …

Cara Merahkan Bibir – Info Online Suami & Isteri

Bibir Menawan – Petua Merahkan Bibir | iZiVio.com

produk menghilangkan jerawat badan | Air Beralkali …


Petua Merahkan Bibir – Punca Bibir Hitam | iZiVio.com

Sakura Haruno

Sakura Haruno

Perempuan berambut pink yang meminati jejaka cool.
Sakura Haruno

Latest posts by Sakura Haruno (see all)

Comments

comments

Latest Comments

  1. daud 24/10/2016

Leave a Reply

close

SHARE plzz... TQ 😊

Facebook
GOOGLE
TWITTER