Cinta Dua Zaman – Review Novel Part 3 of 3

Baca baca dahulu Review Novel Cinta Dua Zaman – Part 1 of 3 dan Novel Cinta Dua Zaman – Review Part 2 of 3 sebelum meneruskan bacaan.

Cinta Dua Zaman – Fuyyoo! Scene berlawan paling real pernah saya baca.

Mujur Hang Tuah Lima Bersaudara menghulurkan bantuan. Mereka sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan Shira. Sungguhpun berat hati, Yusuf membenarkan juga. Yelah, dah sakit nak buat macam mana kan? Maka berlayarlah Hang Tuah Lima Bersaudara ke Pulau Merah untuk menumbangkan kerajaan syaitan tu. Diorang pergi bukan sebab Shira semata, tapi nak menyelamatkan mangsa culik yang lain-lain. Hebat tak diorang pergi berlima je nak kalahkan satu pulau punya setan? Hahaha.

Cover Novel Cinta Dua Zaman

Pung Pang Pung Pang!

Diorang berperang. Lima orang vs 3000 penyembah syaitan! Fuyyoo. Scene berlawan paling real pernah saya baca. Real, real habis. Engkorang mesti feel leher kena tikam betul-betul bila baca novel ni. Rasa pipi pedih tau bila baca scene kena tumbuk Hang Jebat yang tangan besar gila tu. Best part bila Yusuf muncul bersama dua sahabatnya. Hah, hambik. Terkencing setan-setan tu. Padan muka.

Scene romantik masa time berlayar pulang ke Langkasuka. Dua hati berbicara rindu. Eh? Saya pulak melebih. Yelah, lama nak oi Shira kena culik. Bila jumpa balik kau tahulah macam mana rasa nak meletup dada kan?

Cinta Dua Zaman - Karya Azri Misti

Perenggan terakhir buat saya gigit bantal nangis. Cis. Sedih aaa ending macam ni. Sedihnyaa. Kalau boleh macam nak mintak je sapu tangan yang Yusuf bagi kat Shira tu buat lap air mata. Tulah satu-satunya barang pemberian Yusuf kat Shira. Aaaa. Korang belilah kalau nak tahuu. Yusuf, I love you!

Overall, saya berani bagi 5 bintang. Yes, lima bintang. Seram, sedih, sweet2 cinta, cemburu, feel lawan-lawan, bab-bab agama dengan santai (amat sesuai bagi mereka yang mahu merasa kewujudan Allah *no offense please). Semua cukup! Cukup rasa. Amy Mastura masak telur dadar. *tetiba iklan Cukup Rasa.

So, terjawab tak kenapa novel ni rare?  Apalagi. Cepat pergi MPH, POPULAR dan kedai-kedai buku berdekatan. Takpun beli je online kat srpublication fan page @ whatsapp 013-3004101  lelaju. Diorang servis memang tip top. Laju je.


Pautan:

CINTA DUA ZAMAN – YouTube


Cinta Dua Zaman – Review Novel Part 3 of 3 | iZiVio.com

Comments

comments

Latest Comments

  1. nur soffeana mohd zain 01/11/2015
  2. Anonymous 20/06/2015

Leave a Reply