Wanita Idaman – Ciri-ciri Wanita Idaman Aku

Ciri-ciri wanita idaman aku.

Aku mencari dia.  Adakah si dia itu kamu? Check it out fellas!

Assalamualaikum semua. Hamboi you all tajuk kat atas. Meroyan kau? Haha. Hari ni aku nak berkongsi tentang ciri-ciri wanita idaman aku. Ehem! (Blushing jap).

Ciri Wanita Idaman

Setiap lelaki mempunyai citarasa yang tersendiri terhadap seorang wanita. Takkanlah sama pulak kan? Kalau semua sama, contohnya semua lelaki nak cari isteri yang berlesung pipit. Habis yang takde lesung pipit tu macam mana? Andartu sampai mati sebab takde lesung pipit je? Well, semua citarasa lain-lain.

Tak semestinya wanita yang unggul itu kalau berjalan kepalanya harus tunduk, tak senyum tengok lelaki lain, bercakap berbisik sebab takut aurat suaranya didengar lelaki, lepas tu duduk kat rumah je. Fesyen pakaian jenis pakai jubah dengan purdah tu semua. Aku bukan kutuk wanita yang menutup aurat seperti ini. Mereka amat bagus. Cuma, tak semestinya untuk menjadi wanita unggul perlu begini. Kita kena faham antara budaya/adat Arab dengan tuntutan agama.

Islam itu versatile. Ikutlah peredaran zaman. Jangan jadi kaum yang jumud. Terlalu ortodoks untuk menerima perubahan. Tujuan aku cakap begini sebab aku tidaklah mencari wanita solehah ya amat. Ya, betul Islam menggalakkan kita mencari pasangan yang soleh dan solehah. Kalau perempuan tu kena bersuamikan lelaki yang lebih sedikit ilmu agama daripadanya.

Tapi, kalau kita pilih yang pesen solehah je, habis tu yang funky, brutal, gila ganas tahap gigit tong sampah tu macam mana? Nak biar dia liar, sesat macam tu je? Well, guys. Ini tanggungjawab kita supaya mendidik mereka menjadi wanita sempurna. Motif sangat kan? Hah!

Cara Memikat Wanita Idaman

Aku tertarik kepada wanita yang sentiasa tersenyum dekat semua orang. Senyum dekat semua orang ye, bukan sorang-sorang. Gila? Hehe. Itu menunjukkan peribadinya yang peramah. Semua orang ditegurnya. Senyum. Itu cute. Gerram nih!

Ciri-Ciri Wanita Idaman

Kedua, aku tak suka jenis talam dua muka. Maksudnya, kalau kat luar cakapnya bukan main lantang lagi, siap main kentut-kentut bagai dengan kawan-kawan. Tapi bila di facebook, kau suda berubah ba. Mengapa ba begitu? Kemain cover lagi. Sangat solehah habis. Itu tak cool. Orang yang kenal akan ketawakan anda. Husnuszon. Double personality barangkali? Mungkin.

Ketiga, aku suka tengok wanita yang bersopan santun. Wah wah wah kau Azri! Semua yang baik-baik sifatnya kau sebut. Tadi bukan main sembang nak bimbing pesen perempuan ganas level gigit tong sampah. Ah, biarlah. Bahasanya lembut. Tidak menyumpah-nyumpah walaupun sedang berbual dengan kawan baik sendiri. Bukan maksudnya cakap skema habis.

“Assalamualaikum kawan-kawan. Saya nak bersin. Izinkan saya. Hatechum!”

No! No! Not like that.

Dia berbual macam biasa, tapi tak guna perkataan negatif. Dia tukar dengan perkataan lain. Contohnya daripada kata “bodoh” kepada “sengal”. Sengal tak kasar sangat kan? Macam tulah maksudnya. Kau faham tak ni? Kalau tak faham kau sengal, heh.

Bila berbual tu, dia ketawa macam mana dia selalu ketawa. Tidak cover-cover. Ada orang tu bila jumpa dengan member yang dia dah biasa, pehhh! Macam pontianak bukit ketawa dia. Kalau ada kucing kat sebelah confirm kena cekau! Yelah, kucing kan ada six sense benda-benda ghoib ni. Ya, ghoib. Kau ada guna perkataan tu? Takde kan? So, diam. Hairannya, bila jumpe boyfriend, ermm macam kentut kucing bunyi ketawanya. Tak dengar. Punyalah cover, huhuhu.

Respons dengan cerita yang kita bualkan. Sebenarnya, aku lebih suka kalau dia yang bercerita lepas tu ketawa sama-sama. Contoh dia cakap semalam pergi surau tapi panas. So aku cakap panas ke dengar ayat Quran? Maka berhuhuhu lah kami dengan lawak dungu itu. Macam orang gila kan? Tapi, comel kot. Errgh, saia ta kuad. Comel sangat!

Caring. Yeah. Itu perlu. Kadang2 ni lelaki yang gedik. Saja buat2 pening nak tengok macam mana respons wanita itu. Lelaki akan sangat tertarik jika tengok si dia risau gila. Tanya macam-macam dah makan ubat ke apa bagai semualah. Tapi taklah sampai annoying. Dalam hati, dialah wanita yang kucari. Gitu.

Caring ni lain dengan mengongkong. Kong! Kong! Kong! Anjing menyalak. Hihi. Aku tak suka perempuan yang sikit-sikit nak update. Bila tak bagitahu pergi mana, nak merajuk. Bila cakap keluar lepak dengan member-member, jeles. What the hell? Member lelaki kot. Im not gay!

Jangan cakap perempuan je (playsafe kau Azri), ada juga lelaki yang begini. Ini cemburu buta. Mesti kita rasa tak selesa dengan orang sebegini kan? Tinggalkan jelah. Pehh, gila jahat aku kan? Haha. Well, itu pilihan anda. Kalau aku, hmm.. sayonaraa.

Next, suka kepada mereka yang manja. Haa, manja terkawal ye. Manja yang hilang kawalan jadinya tergedik-gedik, terkinja-kinja. Baru kenal, dah nak panggil abanglah, bb lah, hubbylah. Kalau gurau tu tak kesah. Ni real. OMG. Mak kau hijau. Lepas tu kalau merajuk nak berabad lamanya. Eiiyuu. Yang tergedik gedik ni, sekali aku tangan, kat hospital diamnya.

Wanita Idaman Pria

Maimon (bukan nama sebenar) bisu selepas ditampar. Haha.

Manja yang terkawal ni susah nak explain. Emm, lelaki bila jumpa wanita idamannya, suaranya akan berubah romantic. Cakap slow-slow je. Macam DJ Sinar FM tu. Engkorang dengar Sinar fm kan? Eh, bukan DJ perempuan yang cakap macam nak telan microfon tu sampai dengar dia telan air liur, tapi Jamal Jamaludin tu. Kan macam macho suara dia. Begitulah lelaki.

Sama jugak wanita. Dia macam magic tau. Tiba2 suara jadi manja. Alah, kau perempuan mesti tahu punya buat suara tu. Dia macam kau berbual dengan kucing. Cakap dengan bayi ke. Tak pun bila cakap sorang-sorang dengan teddy bear. Manja macam tu kan. Ya Tuhan. Eh, tertanggal serban aku, hihik.

Lelaki Idaman Wanita

Lagi satu, suka kat mereka yg merajuk kejap je. Cool gila. Ketawa bila buat stupid face kita kat dia. Pastu dia pun buat sama. Tapi kalau muka dah bodoh, jangan buat-buat pulak. Kena bunuh nanti. Lagi satu, jenis yang ketawa dengan lawak bodoh kita. Gila comel yang macam ni! Ada lagi tak? Hehe. Hadirlah untuk ujibakat aku, kakaka. Sumpah perasan!

Cara Memikat Hati Wanita Idaman

Tidak dilupakan, dari aspek berpakaian. Aku berkenan tengok wanita yang berbaju kurung, bertudung tutup dada. Bukan yang labuh habis tu. Again, yang labuh tu bagus tapi tak berkenan. Okay, maaf. Yang memang tutup dadanya. Itu menunjukkan dia menjaga aurat dgn stylo. Selain tu, kalau pakai t-shirt,  dia pakai lengan panjang. Pakai baju yang agak besar sedikit dari tubuh tapi taklah gila besar. Taklah sampai besar sangat baju tu sampai orang konfius tu baju atau telekung?

Menjadi Wanita Idaman

Dari segi wajah. Haaa. Ni yang penting. Okay, catat! Aku amat suka tengok wanita yang ada lesung pipit. Dia tak bermekap, pakai bedak asas je. Naked face. Kalau begitu dah manis, apatah lagi kalau make up kan?  Menambah perisa kecomelannya apabila dia bercermin mata. Ya Allah comelnya! Bukan bertaik mata ya,,,eee. Tak pakai cermin mata pun cantik. Putih, pipi dia kalau tengok macam pau nak kena cubit. Mungkin kalau cubit terkeluar sikit inti kelapa HAHAHA! Itu sangat comel. Tak tahulah, rasanya cantik dengan comel ni ada beza. Yang penting, aku suka yang comel. Bila dah tua nanti pun tetap comel.

Aku akan tertarik dengan wanita yang kaki sukan. Bukan bertatu tulisan sukan di kaki. Impress la sikit. Aku pun kaki sukan jugaklah. Suka bersenam. So, bolehlah berjoging sama-sama, aerobic ke. Ajak pergi gym rasanya tidak. Aku tak nak dia jadi gagah. OMAIGODD! Imagine, angkat berat, main dumbbell 50 kg. Gila?? Badan berketul-ketul. Tu kalau gaduh laki bini aku yang masuk ICU. Tapi ada perempuan yang begini kan? Jangan risau, kalau ada pun perempuan minat bina badan ni, in shaa Allah ada jodoh juga.

Mesti ada yang cakap,

“Ah kau Azri. Layak ke kau nak dapat wanita sempurna begini? Kau siapa?”

Takpe2. Rileks. Ini idaman. Idaman maksudnya angan-angan. Takkanlah nak angankan yang selekeh-selekeh, jilat hingus meleleh, taik mata sejambak, ketiak bau “syurga”? Kan?

Tapi, inilah ciri-ciri yang aku cari. Mintak-mintak dapat jumpa. Aamiin. Cepat aminkan jugak. penat aku tulis ni. Maaf jika ada yang terguris dengan tulisan khayalan ini. Sekian, wasalam.


Pautan:

9 Ciri – Ciri Wanita Idaman Lelaki | ISLAM dan Blog Aku ISLAM

Cara Memikat Wanita Idaman Hati ANDA Cantik Manis …

20 ciri-ciri wanita idaman LELAKI | Bila Lelaki Berbicara

10 Tipe Wanita Idaman Pria – Keluarga


Wanita Idaman – Ciri-ciri Wanita Idaman Aku | iZiVio.com

Azri Misti

Azri Misti

Azri Misti merupakan penulis novel Cinta Dua Zaman & Kerana Kau Bidadari.

Nak beli novel?
Whatsapp/Mesej :
"Beli Cinta Dua Zaman" ke 013-3004101
"Beli Kerana Kau Bidadari" ke 013-3004101

Nak buat advertorial?
Email : azrimisti@gmail.com
Azri Misti

Comments

comments

Leave a Reply

close

SHARE plzz... TQ 😊

Facebook
GOOGLE
TWITTER