BeautifulNara – Rahsia Kenapa Blog ini Popular?

3 Rahsia Kejayaan Beautifulnara – Blog Hiburan Paling Popular Malaysia.

Blog BeautifulNara.com begitu ulung di kalangan blog berbahasa Melayu.

Ia adalah sebuah blog yang banyak memaparkan kisah dan gosip artis-artis di dalam Malaysia. Blog ini begitu pantas menghebahkan tentang gosip dan berita terkini artis Malaysia.

3 Rahsia Kejayaan Beautifulnara - Blog Hiburan Paling Popular Malaysia

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa rahsia kenapa blog ini begitu terkedepan berbanding blog-blog yang lain.

Abang Nara sentiasa memberikan apa yang para pembaca mahukan. Anda harus faham, walaupun anda adalah seorang penulis blog, anda juga ada persamaan dengan seorang peniaga. Seorang peniaga sentiasa menitik beratkan barang yang hendak diniagakan. Barang tersebut perlulah ada nilai pasaran. Jika tidak, peniaga itu pasti akan rugi. Begitu juga dengan anda sebagai penulis blog.

Cara Jadi Blog yang Disukai

Jika mahukan blog anda menjadi popular, anda perlu menulis sesuatu yang popular. Rajin-rajinlah membaca samada media konvensional mahupun media digital. Hal ini akan menjadikan anda lebih peka terhadap isu-isu semasa yang sedang hangat dihebahkan.

  • Hidangan yang Sentiasa Segar dan Panas.

Walaupun saya lebih sukakan gaya penulisan yang ‘evergreen’, akan tetapi kandungan blog menarik ini menggunakan gaya penulisan blog yang berbeza. Blog ini sentiasa membawakan cerita-cerita, gosip-gosip dan kisah-kisah yang segar. Sesuatu yang segar pastinya akan basi juga. Walaupun begitu, blog paling popular di Malaysia ini dapat mengatasi perkara ini dengan begitu baik sekali. Blog ini begitu konsisten menghidangkan sesuatu yang baru kepada pembaca. Ini membuatkan para pembaca menjadi ketagih untuk datang semula untuk menjamah cerita-cerita yang baru.

Hidangan Sentiasa Segar dan Panas

Tulislah sesuatu untuk orang lain membacanya. Itu adalah perkara yang anda perlu tanamkan dalam minda anda. Jika anda hanya menulis untuk diri sendiri membacanya, ini ibarat anda hanya menulis sebuah diari. Jika tujuan anda berblogging hanyalah sekadar untuk menulis diari, blog anda pastinya agak sukar untuk berada setahap dengan blog Beautiful Nara.

  • Susun Atur Blog Beautifulnara dijaga Rapi.

Susun atur blog ini adalah begitu kemas dan tersusun. Latar belakang blog ini ringkas dan tampak profesional. Iklan-iklan di blog tersebut juga disusun rapi. Setakat saya kunjungi blog tersebut, memang tiada iklan-iklan yang mengganggu seperti iklan jenis pop-up.

Susun Atur Blog yang Kemas

Apabila saya membaca setiap entri blog ini, saya berasa begitu selesa. Blog ini pandai menyeimbangkan di antara jumlah perkataan dengan diselangselikan dengan beberapa gambar. Kesannya, mata saya tidaklah begitu cepat letih ketika saya mengamati setiap entri yang dihasilkan.


Pautan:

Gosip Beautifulnara | ROTIKAYA

Berita Terkini Artis Saat Ini: Ayu Ting Ting dan Bella Shofie …

GOSIP TERKINI !!! ARTIS Ariel Tatum dan Al … – YouTube

BeautifulNara – Gosip Artis Malaysia Ter | NetworkedBlogs …


BeautifulNara – Rahsia Kenapa Blog ini Popular? | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply