Honda City Baru 2015 Malaysia

Dark Ruby Red Pearl – Honda City Baru 2015 Malaysia.

Honda City Baru 2015 Malaysia – Honda Malaysia Sdn. Bhd. memperkenalkan warna baharu bagi Honda City iaitu Dark Ruby Red Pearl. Warna terbaru ini dijangka dapat meningkatkan populariti Honda City di kalangan eksekutif muda di Malaysia.

Honda City berwarna Dark Ruby Red Pearl telah diperkenalkan selepas kajian pasaran yang menyeluruh dijalankan. Kebanyakkan pelanggan Honda lebih cenderung untuk memilih warna merah sebagai warna baru untuk kereta Honda City. Pakej keseluruhan Honda City ditambah pula dengan warna merah yang tampak bertenaga pastinya dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan No.1 di kalangan rakyat Malaysia.

Honda City Baru 2015 Malaysia - Bahagian Hadapan

Sehingga 17 Ogos 2015, kira-kira 55587 unit Honda City generasi ke-4 telah dijual sejak ia dilancarkan pada Mac tahun lepas. Ini telah menyumbang 41% daripada jumlah jualan Honda Malaysia pada separuh pertama 2015 dan membolehkannya mendapatkan kedudukan teratas dalam segmennya. Kini terdapat lebih daripada 200,000 unit kereta Honda City di atas jalan raya Malaysia.

Honda City 2015 Malaysia - Pandangan Sisi

Dilengkapi dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC dan ditambah pula dengan Continuous Variable Transmission (CVT) merupakan kombinasi sempurna memacu prestasi dan penjimatan bahan api. Ruang but kereta ini adalah yang paling besar dalam kelasnya iaitu 536 liter. Model Honda City menawarkan ciri-ciri keselamatan yang tiada tandingan yang terdiri daripada 6 beg udara, bantuan kestabilan kenderaan (VSA) (E & V varian), Sistem Brake Anti-lock (ABS) dan ISOFIX.

Pandangan Belakang Honda City Baru

Honda City telah dianugerahkan penarafan 5 Bintang dan dinamakan Pemenang Keseluruhan bagi “Adult Occupant Protection” di Grand Prix NCAP ASEAN tahun lepas. Selain warna Dark Ruby Red Pearl terdapat juga warna lain iaitu Taffeta White, Modern Steel Metallic, Alabaster Silver Metallic and Crystal Black Pearl yang boleh didapati di semua pusat pameran Honda di seluruh negara.


Pautan:

Honda City 2015 Malaysia Modified – Car Update 2016

New Honda City 2014 Malaysia – YouTube

Antara Vios Baru 2013 Dan Honda City Baru 2014

Honda City – Malaysia – YouTube


Honda City Baru 2015 Malaysia | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply