Kasut – Pentingnya Pilih Kasut yang Sesuai

Tips untuk Memilih Kasut Agar Tidak Memudaratkan Kaki.

Anda digalakan untuk memilih kasut yang benar-benar memberi keselesaan kepada kaki.

Bahagian ini menampung bebanan tubuh anda ketika anda sedang berdiri. Sebelum membeli, anda perlulah membuat pilihan dengan bijak. Jangan bazirkan wang anda dengan membeli sesuatu yang hanya akan memudaratkan kaki anda. Berikut saya kongsikan sedikit tips sebagai panduan kepada anda agar menjadi pembeli bijak :-

Cute Shoes

  • Anda perlu memakai kedua-dua belah ketika mencuba sebelum membeli.
  • Pastikan ia tidak sempit.
  • Sila pakai stokin jika anda biasa berstokin.
  • Uji keselesaan dengan berdiri tegak dan berjalan di atas lantai yang keras.
  • Waktu petang adalah waktu yang paling sesuai untuk menguji keselesaan kaki anda.
  • Bahaya Memakai High Heels.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya memakai high heels adalah tidak baik untuk kesihatan anda. Berikut saya senaraikan secara ringkas beberapa kesan yang negatif :

Beautiful High Heels

  • Otot pada bahagian tapak kaki tidak dapat bekerja secara maksima.
  • Kaki lebih mudah tercedera terutamanya pada bahagian buku lali.
  • Peredaran darah tidak lancar.
  • Badan cenderung condong ke depan.
  • Pemakaian dalam tempoh yang lama meningkatkan risiko radang pada ibu jari kaki.
  • Keburukkan Sepatu Tidak Bertumit.

Kita sering terdengar memakai sepatu bertumit tinggi dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Namun, sepatu yang tidak bertumit juga boleh membahayakan kaki. Berikut saya senaraikan beberapa keburukan disebabkan memakai sepatu jenis mendatar dalam tempoh yang begitu lama :-

Keburukkan Kasut Tidak Bertumit

Masalah kuku – Kuku menjadi lebih ke dalam. Kuku akan rosak disebabkan kesan jangka masa panjang. Lebih memburukkan keadaan apabila anda memotong kuku dengan cara yang salah.

Masalah pada tumit – Tumit lebih mudah terasa sakit disebabkan tiada sokongan pada bahagian tersebut. Jika dibiarkan keadaan ini berterusan dalam tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan radang pada bahagian tumit anda.

Masalah pada lutut – Tiada sokongan yang fleksibel pada sepatu jenis mendatar menjejaskan bahagian lutut anda. Pada kebiasaannya, sepatu jenis ini adalah sedikit sempit. Pergerakan aktif dalam tempoh masa yang lama pastinya menjejaskan kaki anda. Anda akan terasa sakit pada bahagian lutut.


Pautan:

kasut bola: Nike

Beli Kasut VANS Online @ ZALORA Malaysia

Kasut futsal nike Malaysia – kasut futsal nike price, harga …

kasut clarks WANITA SALE 50%… – Koleksi Baju Muslimah …


Kasut – Pentingnya Pilih Kasut yang Sesuai | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply