Khasiat Lidah Buaya untuk Kecantikan

Pelbagai Khasiat Lidah Buaya.

Salah satu khasiat lidah buaya adalah untuk kecantikan kulit.

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai produk kecantikan yang anda boleh perolehi di pasaran.  Walaupun begitu, masih ramai yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan tujuan untuk menjaga kecantikan. Hal ini adalah disebabkan, rata-rata wanita lebih yakin dengan bahan semulajadi berbanding kebanyakkan produk kecantikan yang kaya dengan bahan kimia.

Aloe Vera bagus untuk kulit.

Aloe vera atau lebih dikenali dengan nama lidah buaya, sering digunakan sebagai bahan untuk menjaga kecantikan. Lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan untuk kecantikan kulit wajah. Ia juga sangat bermanfaat untuk menyuburkan rambut.

  • Khasiat Lidah Buaya untuk Rambut Agar Tampak Sihat, Lembap dan Sinar Berkilau.

Lidah buaya mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Salah satu khasiatnya adalah untuk kesihatan rambut. Rambut akan tampak berkilau dan tidak mudah rapuh dengan cara menyapu daun lidah buaya secara rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lendir dari aloe vera mampu bertindak mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan dari kulit kepala. Ia juga mengekalkan kelembapan rambut.

 Rambut Sihat, Lembap dan Sinar Berkilau

  • Rawat Tangan terkena minyak panas ataupun melecur.
    Ambil isi satu batang lidah buaya. Tumbuk hingga halus. Kemudian masukkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kain bersih. Balutkan ia pada bahagian tersebut.

Pelbagai Khasiat Lidah Buaya

  • Segarkan mata yang letih akibat terlalu lama menghadap komputer.
    Ambil daun lidah buaya. Kemudian belah dua. Simpankan dalam peti sejuk. Bila perlu, letakkan pada bahagian kelopak mata sambil pejam untuk beberapa seketika. Hasilnya, mata akan lebih relaks dan segar semula.
  • Atasi kulit berminyak pada muka.
    Kulit berminyak adalah salah satu faktor timbulnya jerawat pada wajah. Aloe vera boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak pada kulit muka. Caranya adalah dengan memakai masker lidah buaya setiap hari. Petua ini dapat membantu mengembalikan kulit wajah yang normal.

Pautan:

Khasiat Daun Lidah Buaya Untuk Kesihatan

Rahsia Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) | Kegunaan …

Kegunaan Lidah Buaya | Women Online Magazine

Aloe vera – Wikipedia, the free encyclopedia


Khasiat Lidah Buaya untuk Kecantikan | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply