Madu Kelulut Asli – Rasa & Kebaikan

Info tentang Madu Kelulut Asli.

Lebah Kelulut atau Kelulut menghasilkan madu kelulut asli yang mempunyai rasa yang eksotik. Dianggarkan, terdapat hampir 500 spesies lebah Kelulut di seluruh dunia.

Lebah ini boleh didapati di kawasan-kawasan tropika termasuk Malaysia.

Madu Kelulut Asli

Terdapat 32 spesies lebah Kelulut telah ditemui di Malaysia. Kelulut sangat sesuai membiak dalam iklim Khatulistiwa.

Permintaan dan harga pasaran madu Kelulut asli adalah lebih tinggi daripada madu lebah komersil yang lain.

 

Rasa Madu Kelulut Asli.

Madu Kelulut dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan dan lebih tinggi khasiatnya berbanding dengan madu lebah lain. Ianya tidak putih seperti yang didakwa.

Rasa madu Kelulut adalah sedikit masam berbanding madu lebah yang lain. Lebah adalah penting sebagai agen pendebungaan di hutan dan agen pendebungaan pelbagai spesies buah-buahan, bunga, sayur-sayuran dan tanaman lain.

Lebah Madu Kelulut Asli

Cara Mengenal Madu Kelulut Asli.

  • Madu asli jika dimasukkan ke dalam air suam tidak akan cepat larut. Air akan tetap jernih sebelum dikacau. Sebaliknya, untuk madu yang telah dicampur akan menjadikan air suam itu lebih cepat keruh.

 

  • Buat ujian pembakaran. Ambil sudu makan logam, kemudian letakkan madu lebih kurang setengah sudu.

Seterusnya layur sudu tadi dengan api. Lihat buih-buih yang terhasil. Apabila buih-buih yang terhasil adalah kecil seperti air mendidih bermakna ia adalah palsu.

Buih madu kelulut asli akan berkembang dan akan terus membuak jika disimpan dipanaskan.

 

Kebaikan Madu Kelulut Asli.

Sebuah hospital tempatan iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali dengan nama HUSM telah mebuat kajian tentang khasiat madu kelulut dari segi perubatan.

Satu ujian makmal telah dilakukan ke atas tikus. Tikus kajian telah disuntik dengan diabetes. Keputusan kajian ini menunjukkan madu berupaya menurunkan kadar glukosa.

Ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal selain dapat mengurangkan stress aksidatif.

 

Kajian menapous pula dilakukan pada tikus yang telah di buang ovari. Hasil kajian menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina disamping meningkatkan ketebalan trabekular tulang.

Ini bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

 

Secara ringkasnya 20 kebaikan madu lebah kelulut asli adalah :-

  1. Mencegah serangan strok.
  2. Meningkatkan daya tahan tubuh.
  3. Melancarkan peredaran darah.
  4. Memperkuat fungsi otak dan jantung.
  5. Meningkatkan pengeluaran hormon.
  6. Mengendurkan urat-urat yang tegang.
  7. Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
  8. Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.
  9. Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.
  10. Meningkatkan kecerdasan anak.
  11. Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.
  12. Mencegah kanser.
  13. Membantu penyembuhan luka diabetes.
  14. Mengurangkan resdung.
  15. Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
  16. Mengurangkan lelah/asma.
  17. Melancarkan pernafasan.
  18. Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
  19. Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
  20. Mencegah pembentukan batu karang.

Pautan berkaitan:


Madu Kelulut Asli – Rasa & Kebaikan | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. MKB 18/09/2017

Leave a Reply