Menulis Blog – Cara Mencari Idea

Cara Mencari Idea untuk Menulis Blog.

Salah satu cara yang berkesan menjana idea untuk menulis blog adalah melalui pembacaan.

Saya sendiri pun banyak mendapat idea hasil daripada membaca.  Anda boleh membaca pelbagai bahan bacaan, antaranya, majalah, buku, novel, laman web dan juga blog. Semakin banyak anda membaca, semakin banyak idea menulis yang akan muncul di dalam kepala anda.

Cara Mencari Idea untuk Menulis Blog

Selain mendapat idea untuk menulis, anda secara tak langsung juga dapat menambah ilmu pengetahuan. Hasil penulisan anda menjadi lebih diyakini apabila anda tambahkan fakta-fakta yang sahih dan tepat. Jadi, jika ingin menjadi penulis yang bagus, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan menambah ilmu pengetahuan.

  • Internet sebagai Penjana Idea Paling Deras untuk Menulis Artikel Blog.

Dalam dunia teknologi yang serba moden kini, kepentingan internet tidak boleh diabaikan. Hampir semua maklumat tersedia hanya di hujung jari. Segala info boleh diperoleh dengan begitu pantas. Tapi, awas! Setiap maklumat yang diperolehi itu perlulah anda selidiki kesahihannya sebelum digunakan sebagai sumber idea penulisan di blog anda.

Internet sebagai Penjana Idea Menulis Blog Paling Deras

  • Minat dan Hobi, Pemangkin Cetusan Idea  dalam Penulisan.

Jika anda masih buntu mencari idea untuk menulis entri blog, saya cadangkan anda menulis berdasarkan hobi dan minat sendiri. Cuba duduk sebentar, kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya.  Fikirkan tentang hobi anda. Apa yang anda boleh tulis mengenainya? Saya yakin, banyak idea akan mula tercetus di minda anda sekarang.

Mesin Taip - Menulis Gaya Klasik

  • 2 Contoh Cetusan Idea Menulis Blog berdasarkan Hobi.

Baiklah, saya berikan beberapa contoh mudah supaya anda lebih faham. Katakan anda minat membaca novel. Berikut saya senaraikan beberapa perkara yang anda boleh tulis berdasarkan minat tersebut:-

Hobi ataupun  Minat Membaca Novel.

  • Kenapa saya suka Novel Cinta Dua Zaman?
  • 3 novel Melayu paling menarik yang pernah saya baca.
  • Azri Misti, penulis novel paling kacak.
  • Novel cinta yang paling romantik.
  • Novel seram yang paling berhantu.

Katakan pula anda gemar bersiar-siar dan juga melancong. Mungkin ini yang anda fikirkan:-


Menulis Blog – Cara Mencari Idea | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. iZiVio iZiVio 07/06/2015
  2. musadun 06/06/2015

Leave a Reply