Andai Itu Takdirnya 2 – Sinopsis

Sinopsis Novel Andai Itu Takdirnya 2.

Hidup berumah tangga begitu manis rasanya – Andai Itu Takdirnya 2.

Hidup Aleya dan Syed Aizril melayari begitu bahagia bersama anak-anak. Selama 8 tahun hidup bersama… ianya sangat indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Andai Itu Takdirnya 2 - Hidup berumah tangga begitu manis rasanya

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima suratan takdir arwah anaknya. Hatinya hitam. Dendam kesumatnya panas membara di dalam hati. Faizal pula masih tidah insaf walaupun pernah dipenjara. Disebabkan oleh kebencian pada Syed Aizril dan Aleya terlalu mendalam sekali, dia berjanji agar Syed Aizril dan Aleya  akan hidup merana!

  • Dugaan yang melanda, mengoyahkan hati Syed Aizril.

Hadir pula Sharifah Azreen untuk memenangi hati Syed Aizril. Visinya untuk menawan cinta Syed Aizril. Saat dia diuji dengan dugaan, hatinya terus goyah. Janji yang pernah diluahkan pada isterinya sepantas kilat telah dilupakan.

Andai Itu Takdirnya 2 - Dugaan yang melanda, mengoyahkan hati Syed Aizril

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Hancur luluh hati Aleya setelah mendengarnya! Aleya menderita! Hidupnya terseksa! Syed Aizril memisahkan anak-anaknya dari dia!

  • Saat ini, penyesalan dah tak berguna.

“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”

Saat ini, penyesalan dah tak berguna - Andai Itu Takdirnya 2

Anak-anak Aleya melambai tangan padanya. Saat itu, air mata mengalir deras di pipi mereka.

“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Sambil Aleya memeluk erat bekas makanannya, dia menangis semahu-mahunya.

Keegoan hati Syed Aizril terus menebal. Akhirnya keegoan itu juga yang menghancurkan hidupnya. Pada ketika ini, penyesalannya sudah tiada berguna lagi. Hati Aleya sudah pun mati!

“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Katanya dengan suara yang sebak.

“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Balas Aleya dengan hati terluka patah seribu.

“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril sambil air mata basah mengalir deras di wajahnya.

“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”

Patutkah Aleya berpaling lagi kepada lelaki yang sudah memusnahkan hatinya! Lelaki yang pernah berjanji manis itu menyeksanya! Dia juga mengkhianati cintanya! Jelas Aleya memang tidak lagi mampu menelan semua itu! Pahit rasanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.

  • Info Novel Andai Itu Takdirnya 2.
  • Penulis : Siti Rosmizah
  • Penerbit : SR Publication
  • Harga : RM36.00
  • Tarikh terbitan : 6 May 2015

Pautan:

Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah — Reviews …

NOVEL : ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 – SITI ROSMIZAH | LIFE …

admya: Remy Ishak dalam Andai Itu Takdirnya(novel)

Resensi Novel: Siti Rosmizah – Andai Itu Takdirnya


Andai Itu Takdirnya 2 – Sinopsis | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply