Novel Chandelier Karya Acik Lana – Sinopsis

Sinopsis Novel Chandelier.

Tubuh Menggoda, Modal untuk Kikis Harta – Novel Chandelier.

Berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang serba sempurna, Keisha Edlina digelar gold digger. Dia menggoda lelaki kaya dan memeras harta mereka habis-habisan. Sesudah itu, lelaki lain yang jauh lebih kaya pula menjadi mangsa seterusnya.

Hubungan Keisha Edlina bersama Datuk Eusoff selama dua tahun tidak menjadi. Kemudian, dia menjalinkan hubungan pula dengan Tan Sri Emran. Belum sempat angan-angannya dicapai, berlaku satu insiden ngeri menghempap Keisha Edlina. Dia mula berasa berputus asa untuk meneruskan hidupnya. Namun, hadirnya Kaef mengubah segalanya.

Novel Chandelier - Tubuh Menggoda, Modal untuk Kikis Harta

Keikhlasan Kaef telah menawan hatinya, walaupun lelaki itu tidak punya kemewahan atau harta yang banyak. Memang sesuatu yang aneh kepadanya.

“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

  • Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

“Keisha….” Kaef mengeluh perlahan. Bila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada gadis itu sepanjang hari ini, hatinya mula dilambung perasaan bersalah. Mungkin dia telah terlupa, dia juga turut bersalah. Bak kata pepatah, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Adilkah Kaef melayan Keisha Edlina sedinginnya? Paastinya tidak. Walau apa pun, ego seorang lelaki bernama Kaef telah menghiris hati gadis ini sehingga terluka sekali lagi.

Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi - Novel Chandelier

“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”

“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun tidak sedikit pun gadis yang bernama Keisha Edlina berpaling ke arahnya. Dengusan terhela dari bibir. Perasaan serba salah kian dirasai.

Keisha… I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.

Di kala Keisha Edlina sedang menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan lalu mula menerjah menghukum. Satu per satu dugaan dan ujian hadir. Keisha Edlina terpaksa melakukan sesuatu pengorbanan.

Info Novel Chandelier.

Penulis : Acik Lana

  • Penerbit : Kaki Novel
  • Harga : RM32.00
  • Tarikh terbitan : 11 May 2015

Novel Chandelier Karya Acik Lana – Sinopsis | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. Anonymous 31/10/2017

Leave a Reply