Novel Cinta Dua Zaman – Review Part 2 of 3

Sila baca dahulu Review Novel Cinta Dua Zaman – Part 1 of 3 sebelum meneruskan bacaan.

Novel Cinta Dua Zaman – Terlalu kelakar, nak nangis saya gelak.

Sementara tu, pakwe Shira iaitu Hakim terdampar di Selat Melaka. Dia sama-sama hanyut dengan Ezad dan pondan comel namanya Syamil @ Syamila Cun. Duh, saya suka gila dengan watak Syamil ni. Kelakar. Nak-nak babak dia dipaksa Hang Jebat untuk sembelih ayam. Asyik kena buli je dengan Hang Jebat yang bapak garang tu. Lagi kelakar bila dia try mengurat anak Orang Kaya Sahak. Aduhai, nak nangis saya gelak.

Novel Cinta Dua Zaman

Berbalik kepada Shira. Dalam pengawasan Yusuf, Shira diajar pelbagai ilmu agama. Dari solat hinggalah perkara fardhu ain yang lain. Seronok baca, macam dengar ceramah free. Saya bayangkan Yusuf yang hensem tu nasihat baik-baik dengan suara yang lunak. Aduh, jatuh cinta you all. :D

Ada banyak part sweet2 diorang ni. Salah satunya time Shira tak sedar terpegang arang pastu tercalit hidung sendiri. Bila Yusuf cakap jangan sentuh hidung, Shira sentuh lagi. Makin comot. Tiba-tiba Yusuf datang dekat-dekat suruh tutup mata. Berderau Shira time tu. Saya pun, hihuu. Pastu, jeng jeng jeng! Haa, tu korang kena beli kalau nak tahu apa jadi.

Novel Cinta Dua Zaman - Sebuah Novel Epik Cinta

Comel tau diorang ni. Shira cakap bahasa KL campur english sikit-sikit, yang lagi sorang cakap bahasa melayu klasik; tuan hamba, hatta adapun dan mergastua lain-lain. Dia yang best bila diorang saling mengajuk loghat masing-masing. Ada ke orang zaman kurun ke-15 cakap “Serabai, okay”? Aduh. Comel betul.

Klimaksnya, Shira dapat diculik akhirnya. Lima orang ketua lanun datang serang serentak. Masing-masing ada power yang berlainan. Tapi tak aci, diorang santau Yusuf dulu sebelum berlawan. Kesian dia. Tu yang Shira berjaya diculik. Ermm.


Baca lagi:

Cinta Dua Zaman – Review Novel Part 3 of 3


Novel Cinta Dua Zaman – Review Part 2 of 3 | iZiVio.com

Comments

comments

Latest Comments

Leave a Reply