Dia Isteri Luar Biasa – Sinopsis

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa…

Single is simple, double is trouble….

Moto hidup Dewi Yusra, “SINGLE is simple, double is trouble…”.

Dia beranggapan, lelaki menyusahkan dan suka ambil kesempatan! Katanya, lagi mudah hidup tanpa lelaki dan tidak memeningkan.

Dia Isteri Luar Biasa - Single is simple, double is trouble...

  • Hadirnya dia untuk disayangi, bukan disakiti…

Apa yang Dewi Yusra fikirkan… perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Ini bukan anak angkat… yang asli datang dari rahimnya sendiri.

Di mana kewarasan dewi… ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Tapi mesti ada jalannya….

Dia Isteri Luar Biasa - Hadirnya dia untuk disayangi, bukan disakiti…

Hadirnya dia untuk disayangi, bukan disakiti…

  • Hasil Karya Umie Nadzimah daripada Novelis Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Dewi serius mahu lahirkan anaknya sendiri. Anak itu bakal mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

Hasil Karya Umie Nadzimah daripada Novelis Kerana Terpaksa Aku Relakan

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” ~ DEWI YUSRA

Dewi mula berusaha untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari kalangan lelaki baik-baik, genetik terhebat, bijak dan stok sembahyang atas kapal terbang.

“Saya Amzar… errr… Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu…” ~ RADEN AMZAR

Seakan tidak percaya, bagai nak tercabut jantung Dewi mendengarnya. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Tuhan telah memberikan Dewi peluang.  Dia fikir lelaki itu akan terus hilang.

Adakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar sebagai ‘Suami Sementara’nya berjaya? Bagaimana rancangannya dalam menggunakan lelaki terpilih untuk mendapatkan seorang zuriat? Apa pula yang terjadi kepada Kamarul yang sangat menyintainya?

Dapatkan jawapan dalam DIA… Isteri Luar Biasa, sebuah novel yang  mengisahkan tentang seorang gadis yang terpaksa bangun dari peristiwa kelam dalam hidupnya.

  • Info tentang Novel Dia Isteri Luar Biasa.

  • Penulis : Umie Nadzimah
  • Harga : RM24.00
  • Penerbit : Penulisan2u
  • Tarikh terbitan : 15 November 2013

Pautan:

Baca Novel Dia Isteri Luar Biasa Online Umie Nadzimah

DIA ISTERI LUAR BIASA (1 – 26 TAMAT) | PEREKA CERITA

Tonton Dia Isteri Luar Biasa Full Episod » BUKAN CINCAI

Sinopsis Novel Dia Isteri Luar Biasa 14 | Sinopsis TV Terbaru


Dia Isteri Luar Biasa – Sinopsis | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply