Novel Lelaki Eksklusif – Review

Review Tentang Novel Lelaki Eksklusif.

Novel Lelaki Eksklusif adalah novel ala-ala nakal romantik.

Bila sebut pasal lelaki eksklusif ni apa yang korang bayangkan? Ada ala-ala skema kan? Kalau lihat pada kulit novel bagi aku biasa-biasa saja, tapi macam mana boleh beli ek? Urmmm… aku tetarik dengan dialog sinopsis belakang novel ni, macam nakal-nakal jek. Jenis aku memang suka baca novel-novel yang ala-ala nakal romantik gitu… hihi….

Review Novel Lelaki Eksklusif - Novel ala-ala Nakal Romantik

Lelaki Ekslusif – Karya Wan Awliya Rayqal

So bila dah jumpa memang aku tak lepas peluang la terus beli. Masa tu dekat Kedai Buku Popular, keluaran dia tak banyak sangat aku tengok, ada dalam beberapa buah ja. Petang tu aku terus baca, dengan muka surat 413 ja memang aku boleh habiskan dalam masa satu hari jek, percaya tak…? Bagi yang hantu novel macam aku ni mungkin korang percaya kot… hihi….

  • Cerita yang sangat simple, penuh dengan Nilai Kasih Sayang.

Amacam ada rasa tertarik tak dengan kulit novel ni…? Novel ni seronok sebab tak banyak konflik sangat bagi aku, dan jalan cerita dia pun tak terlalu berat untuk aku faham. Cerita yang sangat simple, penuh dengan nilai kasih sayang, aku suka tu… haha….

Ayat Cinta - Lelaki Eksklusif

Cerita yang sangat simple, penuh dengan Nilai Kasih Sayang.

Menjiwai setiap watak-watak dalam novel ni amat mudah sebab gaya bahasa yang digunakan oleh penulis tidak terlalu berat. Bagi korang yang sukakan cerita yang simple, tak terlalu banyak konflik, penuh dengan nakal sentimental, aku suggestkan korang beli novel ni. Memang aku jamin best, tak rugi ooo kalo beli… hihihi promote sikit….

  • Info Ringkas Novel Lelaki Eksklusif.

Penulis novel: Wan Awliya Rayqal
Penerbit novel : Karya Seni
Bilangan halaman : 413 m/s
Harga novel : RM18.00 s/m


Pautan:

Lelaki Eksklusif – Sinopsis Novel | iZiVio.com


Novel Lelaki Eksklusif – Review | iZiVio.com

bwhite

bwhite

Blackwhite...
sebab hidup aku sama mcm tu....
Kadang-kadang hitam kadang-kadang putih....
Masa silam yang HITAM akan mengajar aku untuk memPUTIHkan masa yg akan datang....
bwhite

Comments

comments

Latest Comments

Leave a Reply