Lelaki Eksklusif – Sinopsis Novel

Sinopsis Novel Lelaki Eksklusif.

Novel Lelaki Eksklusif ni mengisahkan tentang Wan Mukriz yang baru balik dari luar negara atas permintaan ayahnya untuk membantu kerja di syarikat.

Syarikat tu kepunyaan atuk Mukriz yang kini diterajui oleh abang tiri Mukriz iaitu Wan Ariff. Mereka satu bapa dan berlainan ibu, dimana apabila ayah Wan Mukriz dipaksa berkahwin dengan perempuan pilihan neneknya, kerana Hajah Zakiah tidak pernah suka dan restu dengan ibu Wan Mukriz.

Lelaki Eksklusif - Rahsia Lelaki

Kenapa Wan Mukriz lari ke luar negara? Sebab Wan Ariff dah rampas Sharina dari abangnya, sedangkan Wan Ariff tahu yang Wan Mukriz memang terlalu sayangkan Sharina. Disebabkan dengki dengan mukriz, Wan Ariff tergamak merampas apa yang jadi milik Mukriz agar hatinya puas dapat menyakitkan hati adik tirinya itu.

Hari pertama Wan Mukriz kerja disitu dia telah bertemu dengan Nora. Dengan perwatakkan nora yang mulut macam tak ada insurans tu telah membuat Wan Mukriz tertarik. Rupanya Wan Mukriz tidak bertepuk sebelah tangan sebab nora pun memang dah mula suka dengan bosnya itu.

Nora adalah pekerja bawahan Wan Mukriz. Beliau bekerja sebagai penghantar surat atau lebih senang dipanggil office girl… haha…. Perwatakan nora dalam cerita ni agak gila-gila sesuai dengan umurnya yang baru menjangkau 19 tahun.

Nora anak yatim yang dibela oleh ibu dan bapa tirinya. Dia tak pernah merasai kasih sayang setelah kehilangan neneknya. Dia seperti hidup keseorangan kerana ibu dan bapa tirinya tak pernah ambil peduli tentangnya langsung. Sebab itu dia selalu ceria di ofis untuk menutup kesedihan yang terbuku dihati. Tambah pula dengan kehadiran bosnya iaitu Wan Mukriz lagi la bertambah semangat hidup Nora.

  • Lelaki Eksklusif – Rahsia perkahwinan Wan Mukriz dan Nora terbongkar.

Tapi dengan satu kemalangan kecil telah menemukan Nora dengan Wan Ariff. Wan Ariff telah tertarik dengan Nora dan sering menganggu dan cuba mengambil peluang untuk mendekati Nora.

Ayat Cinta - Novel Lelaki Eksklusif

Dalam diam Nora dan Wan Mukriz telah pun bernikah tanpa pengetahuan keluarga Wan Mukriz. Perkahwinan harus dirahsiakan sehingga tiba masanya, dan Nora setuju. Wan ariff tak senang duduk bila mengetahui Nora rapat dengan Wan Mukriz, terlalu banyak amaran yang diterima oleh Wan Mukriz tapi tidak dihiraukan kerana sudah penat dengan permainan Wan Ariff yang terlalu kebudakkan itu.

Rahsia perhahwinan Wan Mukriz dan Nora terbongkar membuatkan api dendam Wan Ariff makin menjadi-jadi. Macam mana diorang boleh kahwin??? Haa… korang kena la beli dan baca buku ni. Kalau aku cerita semua tak suspen la kan… hihi….

Apa yang terjadi dengan Wan Ariff? Kenapa Wan Ariff begitu berdendam dengan Mukriz? Bagaimana penerimaan keluarga Wan Mukriz? Kenapa perkahwinan itu mesti dirahsiakan? Semuanya akan terjawab bila korang baca nanti… Cerita ini kelakar dan boleh membuat korang semua tersenyum sambil membaca novel ni… hihi….

Sekian ulasan dari pencinta novel….


Pautan:

NOVEL LELAKI EKSKLUSIF – Bila EizzaraEizzaty Ke Dunia …

SBN: PENULISAN2U: “Novel : Lelaki Eksklusif 1” Berserta …

Elew’s Design – Alhamdulillah. Jubah lelaki eksklusif


 Lelaki Eksklusif – Sinopsis Novel | iZiVio.com

bwhite

bwhite

Blackwhite...
sebab hidup aku sama mcm tu....
Kadang-kadang hitam kadang-kadang putih....
Masa silam yang HITAM akan mengajar aku untuk memPUTIHkan masa yg akan datang....
bwhite

Comments

comments

Latest Comments

Leave a Reply