Petua Kecantikan untuk Wanita

Petua Kecantikan Tradisional – Khasiat Lidah Buaya untuk Awet Muda.

Berikut adalah petua kecantikan dengan menggunakan lidah buaya:

Aloe Vera kaya dengan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink. Secara semulajadinya, ia bermanfaat sebagai anti-oksida dimana dapat membantu melambatkan proses penuaan. Lidah buaya juga mengandungi nutrisi yang membantu  dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah. Zat-zat yang terkandung dalam lendir lidah buaya boleh meresap kedalam kulit. Ini dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan anda awet muda.

Emma Maembong yang Cantik

  • Tips untuk Bibir Merah Cantik Menawan.

Berikut adalah tips, petua dan cara agar ianya sihat, merah lagi menawan :-

Tips untuk Bibir Merah Cantik Menawan

  1. Dapatkan gula perang, madu, dan sedikit pelembap bibir.
  2. Campurkan kesemuanya dan kacau sehingga teksturnya menjadi likat.
  3. Sapu dan gosok perlahan pada bibir.
  4. Dalam tempoh lima minit anda akan dapat melihat hasilnya.

Madu berperanan untuk melembutkan bibir manakala gula perang menjadi skrub bagi menanggalkan sel kulit mati.

  • Rahsia Kecantikan dari Sumber Semulajadi.

Jika kulit muka anda kelihatan kusam, anda boleh mencuba petua mudah berikut dengan menggunakan sumber alam semulajadi :-

Petua Kecantikan dari Sumber Semulajadi

  1. Ambil sebiji betik yang sudah masak, kemudian kisar sehingga lumat.
  2. Campurkan dengan satu sudu besar madu.
  3. Bersihkan kulit muka anda, seterusnya sapukan campuran tadi pada wajah anda.
  4. Biarkan lebih kurang 20 minit, kemudian bilas.
  • Petua Naikkan Seri Wajah dengan Gincu Bibir.

Gincu merupakan alat penting bagi setiap wanita. Bagi wanita berkulit hitam manis, warna gincu yang sesuai dengan anda adalah daripada rona terang. Rona warna sebegini mampu menambahkan lagi seri di wajah anda. Cuba elakkan daripada memilih warna coklat tua, kerana ia akan menambahkan lagi kegelapan di wajah anda.

Tips Kecantikan - Naikkan Seri Wajah dengan Gincu Bibir


Pautan:

Petua Kecantikan Tradisional – EH!

Dato’ Siti Nurhaliza – Petua kecantikan Muka … – YouTube

Tips Kecantikan & Perawatan Kecantikan Alami

Petua kecantikan kulit berseri – anizyn


Petua Kecantikan untuk Wanita | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

Leave a Reply