Petua Merahkan Bibir yang Gelap

Cara dan Petua Merahkan Bibir yang Gelap.

Saya ingin berkongsi beberapa petua merahkan bibir yang gelap yang boleh anda amalkan.

  • Madu

Madu adalah makanan yang banyak khasiat dan kelebihan untuk tubuh badan kita. Selain daripada untuk merawat batuk, madu juga amat sesuai diamalakan untuk mendapatkan bibir yang merah. Caranya senang sahaja. Anda cuma perlu ambil sedikit madu dan oleskan pada bahagian bibir anda dan biarkan selama 15 minit. Lakukan ia sebagai rutin harian anda untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.

Petua Merahkan Bibir yang Gelap

  • Kunyit

Selain digunakan dalam masakan, kunyit juga boleh digunakan untuk mendapatkan bibir yang merah. Anda Cuma perlu campurkan kunyit berserta susu dan kacau sehingga rata. Kemudian, bancuhan itu di sapu pada keseluruhan bibir dan biarkan selama 5 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

  • Mentega

Anda juga hendaklah membersihkan bibir setiap malam sebelum tidur. Anda juga mesti menggosok gigi sebelum tidur kerana sekiranya gigi anda bersih, maka bibir anda juga akan ikut bersih. Setelah bibir anda dibersihkan, ambil sedikit mentega dan sapukan merata pada bibir sebelum tidur. Sekiranya tidak mahu menggunakan mentega, anda juga boleh menggunakan air mawar dengan menyapunya di serata bibir setiap hari. Hal ini demikian kerana air mawar mampu mampu membuatkan bibir merah tanpa menggunakan lipstick.

  • Minyak Zaitun

Minyak zaitun dan minyak kacang almond juga dapat menjadikan bibir anda merah semula jadi kerana kedua-dua minyak ini mengandungi vitamin E yang mampu menjadikan bibir anda merah semula jadi. Selain daripada memerahkan bibir, ia juga dapat membantu melembabkan bibir anda tanpa anda perlu memakai lip balm untuk mendapatkan kelembapan pada bibir anda.

  • Limau Nipis

Limau nipis juga dibuktikan dapat mengembalikan bibir yang hitam kembali merah. Caranya, anda hanya perlu mencampurkan air perahan asam limau nipis bersama air suam. Kemudian, anda hanya perlu sapukan pada bibir anda dan biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan menggunakan air suam.

  • Amalan yang Perlu Dielakkan dalam Petua Merahkan Bibir yang Gelap

Selain daripada merawat menggunakan bahan-bahan yang semula jadi, anda juga perlu mengelakkan diri daripada tabiat menjilat bibir. Warna merah pada bibir akan menjadi pucat dan pudar apabila anda seringkali menjilat bibir. Anda juga hendaklah meninggalkan tabiat merokok. Elakkan juga daripada mengambil minuman atau makanan yang mengandungi kafien untuk mengekalkan bibir yang merah. Sekiranya anda mengamalkan petua-petua di atas dan menghindari punca terjadinya bibir hitam, in shaa Allah, dengan izinNya bibir anda akan kembali merah semula jadi. Selamat mencuba!


Pautan:

Petua Wanita | www.terbaik4u.wordpress.com

Petua merahkan bibir yang hitam, – Zikri Husaini

Cerahkan Bibir Yang Gelap! | Nukilan Kenit


Petua Merahkan Bibir yang Gelap | iZiVio.com

Sakura Haruno

Sakura Haruno

Perempuan berambut pink yang meminati jejaka cool.
Sakura Haruno

Latest posts by Sakura Haruno (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

close

SHARE plzz... TQ 😊

Facebook
GOOGLE
TWITTER