Bibir Menawan – Petua Merahkan Bibir

Petua Merahkan Bibir Agar Tampak Menawan.

Seri wajah dengan bibir merah mekar menawan pastinya menjadi idaman setiap wanita.

Jika ianya kering lagi mengelupas pastinya meruntuh keyakinan anda ketika bersemuka dengan orang ramai. Berikut saya ingin kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba sendiri :-

Petua Merahkan Bibir Agar Tampak Menawan

  • Tips 1.
    Sapukan madu. Selepas 15 minit, sila bilas dengan air suam.
  • Tips 2.
    Ambil tiga helai daun sirih. Kemudian, tumbuk lumat dan perahkan airnya. Sapu pada bahagian itu pada waktu malam.
  • Tips 3.
    Bersihkan ia anda dari kesan gincu terlebih dahulu. Kemudian campurkan madu dengan beberapa titik minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun tadi pada bahagian itu. Tunggu selama 15 minit dan bilas sehingga bersih.
  • Tips dan Petua.

Anda mesti pernah mengalami bibir kering dan mengelupas. Bahagian ini adalah sangat sensitif terutamanya ketika keadaan cuaca yang panas. Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan bagi mencegah keadaan ini berulang lagi. Antaranya :-

Air penting untuk mengekalkan kelembapan

Salah satu cara yang berkesan adalah dengan meminum banyak teh hijau dan air sepanjang hari. Untuk pengetahuan anda, jika ia kering dan mengelupas, ini adalah satu petunjuk bahawa tubuh badan anda kekurangan air. Jadi, cuba elakkan tubuh anda daripada terhidrat. Apabila keadaan ini berlaku, anda digalakkan meminum lebih air agar dapat menampung keperluan air di dalam tubuh badan.

Apabila badan terhidrasi, anda akan lebih cenderung untuk menjilat bibir anda yang kering. Cuba elakkan daripada melakukan perkara sedemikian. Hal ini hanya akan memberikan kelegaan sementara akan tetapi secara realitinya ia boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat. Bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya.

  • Kepentingan Vitamin.

Percaya atau tidak, kekurangan vitamin boleh menjejaskan keseluruhan badan kita tidak kira fizikal atau jasmani. Seterusnya kekurangan ini akan membawa kepada bibir mengelupas atau masalah kekeringan. Anda perlu mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan cuba pertimbangkan untuk mengambil makananan tambahan seperti multivitamin untuk memelihara kesihatan bahagian tersebut.

Buah-buahan kaya dengan vitamin


Pautan:

Petua Merahkan Bibir yang Gelap

Petua Bibir Merah Bak Delima – Petua Tradisional

Petua Memerahkan Bibir Secara Semulajadi | Media Serius !!

Foto Syahrini Ciuman Bibir – Gaya Model Terbarus


Bibir Menawan – Petua Merahkan Bibir | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply