Produk Kosmetik – Tanda-Tanda Ia Telah Rosak

Tips untuk Kenalpasti Produk Kosmetik Telah Rosak.

Tahukah anda? Selain produk makanan, produk kosmetik juga mempunyai tarikh luputnya.

Perkara sebegini anda mungkin sering terlepas pandang. Alat solek yang telah melebihi jangka hayatnya akan memberi kesan yang buruk kepada si pemakainya.

Warna-warna gincu

Tidak bermakna alat solek yang anda beli 9 tahun yang lepas masih boleh dipakai walaupun ia belum digunakan. Perkara-perkara sebegini anda harus berwaspada. Jika tidak, impian anda  ingin tampil cantik menjadi punah dek mengabaikan hal ini. Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk mengenalpasti alat make-up anda telah rosak.

  • Munculnya Serabut Halus.

Adakah anda perasan terdapat kemunculan serabut halus pada produk kecantikan anda? Jika ya, ini bermakna kulat atau bakteria telah membiak di dalamnya. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kerana alat make-up anda pernah terkena air tanpa disengajakan.

Munculnya Serabut Halus pada Produk Kosmetik

  • Kelihatan Berlapis-lapis.

Pernahkah anda mengalami situasi dimana produk kecantikan anda kelihatan berlapis-lapis. Tak kiralah samada dua lapis, tiga lapis ataupun berlapis-lapis. Produk seperti losyen dan syampu mengandungi bahan aktif. Apabila bahan aktif ini sudah tidak lagi sebati dengan bahan yang lain, maka terbentuklah beberapa lapisan. Jangan gunakannya lagi kerana ia menunjukkan produk itu telah rosak.

Produk Kosmetik atau Produk Kecantikan Kelihatan Berlapis-lapis

3 tanda-tanda anda mesti buang alat solek tersebut:-

  1. Warna berubah – Perubahan warna yang ketara. Faktor perubahan adalah disebabkan terdedah kepada suhu yang tinggi dan juga sinar matahari yang terik.
  2. Berbau tidak enak – Baunya telah menjadi masam ataupun menusuk hidung.
  3. Tekstur berubah – Produk yang jenis cecair menjadi lebih pekat atau keras.
  • Bagaimana Cara Terbaik Menyimpan Alat Solek Anda?
  • Bersihkan alat solek yang dipakai.

Kotak Alat Solek.

  • Tutupkannya dengan rapat untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.
  • Jika anda simpan dalam peti sejuk, jangan letakkannya pada bahagian sejuk beku.
  • Sediakan kotak khusus untuk menyimpan kesemua alat solek anda.

Pautan:

Produk Kosmetik Berbahaya | Women Online Magazine

Produk Kecantikan | Facebook


Produk Kosmetik – Tanda-Tanda Ia Telah Rosak | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply