Prosedur Keselamatan untuk Akaun Instagram

Anda wajib melengkapkan prosedur keselamatan untuk akaun Instagram masing-masing.

Prosedur Keselamatan untuk Akaun Instagram

Kenapa prosedur keselamatan untuk Akaun Instagram ini penting?

  1. Melindungi akaun Instagram anda dari digodam (hack).
  2. Anda boleh mendapatkan kata laluan baru, sekiranya anda terlupa password.

 

Sila Ikuti Langkah-langkah ini  untuk Keselamatan Akaun Instagram Anda

  1. Mula-mula login IG anda.
  2. Kemudian klik di bahagian “Edit Profile”.
  3. Semak di bahagian “PRIVATE INFORMATION”.

✔ Pastikan Email dan Nombor HP lengkap.


Bahagian Email:

✔ Email tidak boleh berkongsi dengan IG lain.

✔ Pastikan anda boleh login email tersebut dan tidak lupa password email.

⚠ Sekiranya belum ada email, sila buat email baru, kemudian masukkan di bahagian ini.


✔ Wajib buat pengesahan (Confirm) email. Pastikan dah tiada button “CONFIRM” warna oren.

⚠ Sekiranya belum buat pengesahan, sila klik button “CONFIRM” warna oren, kemudian check inbox email anda.

⚠ Klik confirmation link yang pihak IG hantar dalam inbox email anda.


Bahagian Nombor HP:

✔ Nombor HP boleh berkongsi dengan IG lain.

✔ Pastikan anda masih guna nombor HP tersebut dan boleh terima text message.

⚠ Jika anda ada masalah untuk masukkan nombor HP di sini, sila cuba login IG guna Google Chrome. Cuba set dari situ.


Bagaimanakah caranya untuk RESET password Instagram sekiranya anda terlupa password?

  1. Masa mula-mula nak login IG, klik link “Get help signing in.
  2. Kemudian masukkan username IG dan klik button “Next“.
  3. Selepas itu klik pada bahagian “Send an Email“.
  4. Log in email anda. Check inbox email anda. Cari Email yang dihantar dari pihak IG.
  5. Sekiranya tak jumpa, cuba cari di bahagian social dalam email anda.
  6. Buka email tersebut, tengok pada bahagian bawah sekali. Klik perkataan “reset your Instagram password“.
  7. Masukkan password baru. Ulang sekali lagi.
  8. Anda dah boleh login semula IG dengan username dan password baru tersebut. Selesai.

Prosedur Keselamatan untuk Akaun Instagram | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply