Review Novel Cinta Dua Zaman – Part 1 of 3

Review Novel Cinta Dua Zaman – Novel Unik.

Okay, mula-mula nak cakap yang novel macam ni rare kat Malaysia. Susah nak jumpa genre macam ni. Kenapa rare? Sebab novel ni unik. Haa, masih tak menjawab soalan kan?

Review Novel Cinta Dua Zaman

So, ni jawapannya. Bagi saya novel ni best. Baca sinopsis pun dah boleh bayang perjalanan dari awal ke akhir. Mula-mula nampak novel ni kat Popular saya membebel macam ni tau,

“Apa kejadah tiru Bagaikan Puteri?!”

Tu mula-mulalah sebab saya memang minat gila kat Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Mursyid. Tapi bila start baca,

“Eh, sikit pun takde macam Laksamana Sunan. Bestlah pulak. Nasib baik beli, yeay!”

Permulaan cerita dengan babak bunuh dan mati yang mengerikan – Review Novel Cinta Dua Zaman.

Kisah dia pasal Shira dengan kawan-kawan jahiliah firaun dia diserang lanun time tengah bercuti di Pulau Sibu. Awal-awal lagi dah ada babak bunuh, tenggorok kena robek pedang dan macam-macam lagi cara mati yang mengerikan. Shira berjaya melarikan diri tapi malangnya Aina dan Dira kena culik. Pastu Shira, pakwe dia dengan kawan-kawan lelaki dia yang lain pulak dihanyutkan ribut taufan di tengah lautan.

Puisi Review Novel Cinta Dua Zaman

Bila Shira sedar dari pengsan, tau-tau dia berada di zaman dahulukala, zaman Hang Tuah. Tapi dia hilang ingatan, alaa acah-acah sedar pengsan cakap,

“Aku kat mana ni? Siapa aku? Aduh, akit ale itew.”

Gituu. Tapi dialog tak macam gitulah, hewhew.

Rupa-rupanya dia diselamatkan Yusuf (bae aku tu, korang jangan kacau), atau dikenali sebagai Panglima Bayang. Lanun yang cuba culik dia haritu datang kat kampung Yusuf, konon gangsterlah nak culik Shira. Tapi dia kena kitai dengan Yusuf. Nangis kau. Padan muka. Okay, yang nangis tu tambah :D


Baca lagi:

Novel Cinta Dua Zaman – Review Part 2 of 3

Cinta Dua Zaman – Review Novel Part 3 of 3


 Review Novel Cinta Dua Zaman – Part 1 of 3 | iZiVio.com

Comments

comments

Latest Comments

Leave a Reply