🔴 SCAMMER MUDAH.MY – CARA CHECK UNTUK ELAK KENA SCAM

CARA CHECK SCAMMER

Saya post video share awareness tentang Scammer Mudah.my kat TikTok supaya ramai yang berhati-hati. Tiba-tiba video tu kena remove. Katanya melanggar Community Guidelines. Hmmm.. pelik la TikTok ni..

Hati-Hati Scammer Mudah.my

Saya cuba appeal pun tak lepas. Kemudian try repost pun kena remove lagi. Haish penat-penat buat video senang-senang kena remove.

Kali kedua dah kena macam ni.. Masa first dulu kena sebab ajar cara naikkan followers Instagram kat Tiktok. Tapi masa tu.. try appeal.. Berjaya! Kali ni gagal plak.

Takpe la.. alang-alang dah buat video tu.. tetap nak share juga dengan public, just kena edit balik supaya sesuai untuk upload kat Youtube. Video asal tak sampai seminit pun.

Saiz untuk video kat TikTok 9:16.. Saiz untuk Youtube kena lah adjust jadi 16:9.. Tambah sikit bagi panjang sebab pendek sangat kot.

Takpe ada hikmah juga ni.

Lama dah tak upload video kat Youtube. Ni jadi video pertama yang diupload selepas 4 bulan tak aktif.

Harap lepas ni akan aktif balik kat Youtube. Target 100k subscriber untuk tahun 2021 ni. Amin..

Okay pot-pet-pot-pet… ni videonya gais..

Hati-Hati Scammer Mudah.my

Saya planning untuk beli Ipad.. tapi bukan dalam masa terdekat. Saja la tengok-tengok dulu kat website Apple.. then kat pelbagai laman blog.

Saya dah tengok review.. dah tengok spefikasi.. dah tengok harga.. dan dah baca pelbagai pendapat dari pelbagai sumber.

Okay saya dah decide nak beli Ipad yang mana..

Saya decide nak beli Ipad Air 2020. Sebabnya spect sangat kena dengan bajet.

Saya pun dah decide kat mana saya akan beli nanti. Mungkin saya akan beli terus kat branch Switch. Sebab rasa lebih terjamin.

Kemudian tak perlu risau barang fake ke or refurbished ke.. Kalau ada apa-apa masalah nanti senang nak refer balik kat kedai kan..? Betul tak?

Pastu sajalah nak survey-survey harga dulu kat Shopee dan kat Facebook. Saya compare harga yang baru dengan harga yang terpakai.

Then rasa nak tengok kat laman web Mudah.My.

Mana la tahu kot-kot dapat spect yang lagi tinggi dan kena dengan bajet.. boleh la terus grab.

Sebenarnya memang tak berani pun dengan Mudah.my.. sebab tahu banyak scammer kat Mudah.my. Takpe survey-survey dulu bukan kena bayar pun kan.. haha..

Comments

comments

Leave a Reply