Senaman – Kebaikan-kebaikan Bersenam

Senaman Kardio – Baik untuk Jantung.

Senaman kardio seperti berjalan, berjogging, berenang dan aerobik adalah contoh aktiviti yang boleh membantu meningkatkan keupayaan jantung kita.

Anda boleh melakukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Anda perlu peruntukkan 1 hingga 2 hari untuk badan berehat daripada aktiviti bersenam. Jangan lupa pemakanan yang sihat juga penting bagi menyumbang kepada kesihatan jantung yang baik. Cuba amalkan pemakanan yang tinggi serat dan elakkan pemakanan yang tinggi garam, berminyak dan juga berlemak.

Berjalan, Berjogging, Berenang dan Aerobik - Baik untuk Jantung

  • Jarak Masa Bersarapan sebelum bersenam ataupun bersukan.

Sebelum bersenam, anda digalakkan untuk mengambil sarapan pagi. Sekirannya anda mengambil makanan ringan seperti roti atau bijirin, tempoh masa antara sarapan dan waktu bersenam adalah lebih kurang 20-30 minit. Jika sekiranya anda mengambil hidangan yang berat seperti nasi, tempoh masa yang paling sesuai adalah lingkungan antara 1-2 jam sebelum bersenam.

Bersarapan sebelum Senaman

  • Mengurangkan Risiko Serangan Kanser dengan Bersenam.

Pada peringkat permulaan, menjadikan aktiviti bersenam sebagai rutin harian pastinya sesuatu yang sukar bagi anda. Sebagai langkah permulaan, menetapkan 10 minit untuk bersenam setiap hari sudah memadai. Pelbagai manfaat bersenam yang anda akan perolehi di kemudian hari. Berikut saya senaraikan beberapa kebaikan bersenam :-

Kurangkan Risiko Serangan Kanser dengan Bersenam

  1. Meningkatkan peluang untuk hidup lebih lama.
  2. Menguatkan tulang dan otot.
  3. Mengawal berat badan.
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung.
  5. Mengurangkan risiko obesiti, diabetis, dan sindrom metabolik.
  6. Meningkatkan kesihatan mental dan mood.
  7. Mengurangkan risiko serangan kanser.
  • Berpeluh Membantu Mengeluarkan Toksik dari Badan.

Aktiviti fizikal secara berkala sangat penting dalam gaya hidup sihat. Bersenam akan mengeluarkan peluh dari badan. Toksik dalam badan akan turut sama keluar apabila anda berpeluh. Selain itu, ia juga dapat menurunkan kadar stress anda cara dengan bersenam. Tubuh badan akan menjadi lebih cergas manakala sistem peredaran darah pula akan lebih teratur apabila anda bersukan, melakukan aerobik, berjogging dan juga berlari. Salur darah yang lancar mampu mencegah anda daripada menghidapi strok.

Mengeluarkan Toksik dari Badan dengan Cara Bersenam


Pautan:

Senaman Kempiskan Perut Untuk Perempuan – senaman …

25 Senaman Perut – YouTube

5 SENAMAN KURUSKAN BADAN PALING … – YouTube

Berat Badan: Senaman Kecilkan Lengan


Senaman – Kebaikan-kebaikan Bersenam | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply

close

SHARE plzz... TQ 😊

Facebook
GOOGLE
TWITTER