LOADING

Type to search

Lain-lain

🔴 SIAPA IRFAN KHAIRI SEBELUM BERGELAR JUTAWAN INTERNET MALAYSIA

ZAM KING Jan 08

SIAPA IRFAN KHAIRI

• Korang mesti dah kenal dengan Tuan Irfan Khairi. Kali ni saya nak kongsikan siapa Tuan Irfan Khairi sebelum beliau bergelar jutawan muda internet Malaysia.

Okay ceritanya macam ni guys. Tuan Irfan Khairi ni mempunyai cita-cita yang amat tinggi, iaitu ingin menjadi jutawan internet sebelum umur 30 tahun.

Masa belajar di universiti, Tuan Irfan Khairi ingin membeli sebuah laptop untuk memulakan perniagaan beliau.

IRFAN KHAIRI - KISAH JUTAWAN INTERNET MALAYSIA YANG PERTAMA - COVER

Jadi pada masa tersebut, Tuan Irfan Khairi membuat keputusan untuk bekerja sambil belajar.

Untuk pengetahuan korang, Tuan Irfan Khairi bekerja sebagai tukang cuci di sebuah shopping complex.

Antara yang menarik tentang siapa Irfan Khairi - Beliau adalah seorang jutawan internet Malaysia yang bermula sebagai sebagai seorang cleaner sambilan.

Pada waktu pagi beliau akan bekerja sebagai tukang cuci dan selepas itu beliau akan terus ke kuliah dengan memakai uniform tukang cuci.

Selama 2 tahun beliau ke kuliah dengan memakai uniform cleaner.

So ada yang cakap-cakap belakang.. ada yang menyindir.. ada yang jadikan beliau sebagai gurauan.

Kata-kata Irfan Khairi

Namun dalam tempoh 2 tahun tu, beliau dah lali dengan apa yang orang kata.

Daripada kisah ni ada 3 perkara yang kita dapat belajar.

  1. Kita kena memasang impian yang tinggi.
  2. Kita kena abaikan persepsi orang lain.
  3. Kita kena sentiasa fokus untuk mencapai cita-cita kita.

Itu sahaja yang saya nak share.

BIODATA IRFAN KHAIRI?

Berikut saya nak kongsikan sedikit tentang biodata Irfan Khairi. Irfan Khairi memiliki ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Selepas graduate, beliau bekerja sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet di salah sebuah syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd.

IK bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid.

Ada lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut pada masa sekarang.

Pada tahun 1999 IK memulakan perniagaan internetnya sendiri secara part time.

Income bisnes internetnya adalah berlipat kali ganda jika dibanding dengan pendapatannya bekerja. Selepas itu IK mengambil keputusan untuk buat full time dalam bisnesnya.

Dalam masa 3 tahun je, salah satu bisnesnya memperolehi untung bersih sebanyak RM1 juta.

Yang menariknya pada ketika itu IK baru berumur 25 tahun. Modal permulaannya cuma RM500... tanpa pekerja dan peralatan komputer yang canggih.

Irfan Khairi telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom.

Award ini disebabkan atas usahanya dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang Internet.

Begitulah serba sedikit tentang biodata dan siapa Irfan Khairi. Semoga bermanfaat kepada semua.

Tags: