Suami Edisi Terhad – Ulasan Novel

Ulasan Aku tentang Novel Suami Edisi Terhad.

Novel Suami Edisi Terhad ini adalah terbitan Disember 2014.

Memang susah kalau nak dapat suami ala-ala macam dalam watak novel ni, bersesuaian la dengan nama edisi terhad. Bila aku baca novel ni hilang rasa sakit hati macam baca novel-novel lain, sebab watak antagonis dalam novel ni tidak keterlaluan sangat.

Dalam Hatiku Hanya Ada Kamu - Novel Suami Edisi Terhad

Macam sesetengah novel mesti disulamkan dengan adegan penculikan, pembunuhan, jadi berbeza sikit cerita dalam novel suami edisi terhad ni. Tak ada la korang rasa boring sangat kan asyik cerita lebih kurang jek. Jadi tak ada sebab kenapa korang tak nak baca novel ni okey… hihi….

Korang cuba la baca novel ni, pada pandangan aku dia macam realiti kehidupan kita sekarang… boleh mengajar diri untuk bersabar dan bijak dalam menangani setiap masalah. Bersesuaian dengan tema penulisan empunya novel ni yang banyak menerapkan unsur-unsur romantis dan kasih sayang.

  • Novel Terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Marissa.

Hazrul Effendi seorang yang cepat panas baran, ego, sangat cerewet apabila menerajui syarikat bapanya iaitu Menara Holding. Berbeza pulak bila menjadi seorang suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa yang baik. Bagi Azian Yuhanis, suaminya cukup sempurna dan istimewa walaupun sering dibuli. Hazrul sanggup melepaskan jawatan sebagai CEO dan betukar posisi menjadi pengusaha ladang ternakkan. Sebab apa korang kena la baca ea, nanti hilang suspen dia.

Novel Karya Marissa Terbitan Karya Seni

Azian Yuhanis sering dikatakan seorang yang lurus bendul akan tetapi bukan itu sikap yang mahu dia tunjukkan. Dia ingin menjadi tabah bila hati dan perasaannya sering diperkotak katikkan oleh Puteri Zahra dan ibu mertuanya. Dia tak mahu nampak dirinya lemah dan mudah mengalah.

Hazrul dan Azian memiliki seorang puteri hasil perkahwinan mereka iaitu Humaira. Ibu Hazrul tidak dapat menerima Azian kerana masih mengharap Puteri Zahra menjadi menantunya, akan tetapi ketentuanNYA tak dapat kita aturkan. Ibu Hazrul menyangkakan Azian adalah punca anaknya meninggalkan Menara Holding, dan itu salah satu sebab kenapa ibu Hazrul sangat membencikan Azian.

Fikiran ibu mertuanya telah diracuni. Dia sanggup bertindak untuk merobohkan rumahtangga anaknya sendiri. Banyak perkara yang telah dilakukan demi mengikut arahan Puteri Zahra, si Batu Api. Ingin tahu samada rancangan kedua-duanya berjaya? Dapatkah Hazrul menjadi suami edisi terhad kepada Azian Yuhanis? Dan siapakah Tengku Iqbal, watak dalam novel ni? Segala persoalan akan terjawab dalam novel apabila korang sudah membaca habis membaca novel ini.

Sekian, review dari aku pencinta novel….

  • Info Ringkas tentang Novel Suami Edisi Terhad.

Penulis Novel: Marissa
Jumlah halaman : 478 m/s
Penerbit novel : Karya Seni
Harga novel : RM21.00 s/m

Dalam Hatiku Hanya Ada Kamu


Suami Edisi Terhad – Ulasan Novel | iZiVio.com

bwhite

bwhite

Blackwhite...
sebab hidup aku sama mcm tu....
Kadang-kadang hitam kadang-kadang putih....
Masa silam yang HITAM akan mengajar aku untuk memPUTIHkan masa yg akan datang....
bwhite

Comments

comments

Leave a Reply