Tajuk Blog yang Menarik – Rahsia Blogging

Bagaimana cara menulis tajuk blog yang menarik perhatian pembaca?

Sudah semestinya anda yang  membaca entri ini ingin mendapatkan jawapan “Bagaimana cara menulis tajuk blog yang menarik perhatian pembaca?”.

Sebenarnya, anda sudah pun mendapat jawapan itu secara tak langsung berdasarkan tajuk tersebut. Teknik ini begitu senang diaplikasikan. Dengan hanya menggunakan teknik ini, pastinya sudah mampu menarik perhatian pengunjung untuk membaca lebih lanjut hasil penulisan anda.

Bagaimana cara menulis tajuk blog yang menarik perhatian pembaca

Bagaimana? Itulah teknik yang saya gunakan pada tajuk entri blog ini. Cuba timbulkan persoalan pada tajuk entri blog anda. Selain menggunakan perkataan “bagaimana”, anda juga boleh gunakan “kenapa”, “siapa”, dan bermacam-macam lagi persoalan. Tajuk sebegini, akan membuatkan pembaca tertanya-tanya, seterusnya mereka akan menyelam masuk ke blog anda dengan harapan dapat mencari jawapan yang telah anda timbulkan.

  • Rahsia Blogging – Teknik Keji Menulis Tajuk Blog yang Menarik.

Walaupun cara yang saya akan ajar ini nampak macam keji, akan tetapi cuba gunakannya dengan berhemah. Anda memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk mencapai tahap ini. Anda perlu bijak bermain dengan emosi para pembaca. Ianya memerlukan tempoh latihan yang panjang untuk mahir teknik ini melalui kaedah cuba-cuba ataupun melalui kajian sendiri.

Rahsia Blogging - Teknik Keji Menulis Tajuk Blog yang Menarik

Orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada pengalaman orang lain. Ini adalalah jalan pintas kejayaan tanpa perlu merempuh dinding kegagalan berkali-kali. Saya sarankan anda untuk belajar teknik ini dengan melihat bagaimana cara blog-blog politik ataupun blog-blog hiburan menulis tajuk artikel mereka. Mereka sentiasa memilih tajuk-tajuk yang menarik. Blog-blog sebegini begitu pandai bermain dengan isu-isu kontroversi.

Saya tidak menggalakkan anda meniru bulat-bulat cara yang mereka gunakan. Walaupun hampir semua blogger sememangnya mengejar populariti, tetapi anda harus ingat bahawa kreadibiliti anda adalah lebih penting. Anda cuma perlu adunkan sedikit kreativiti agar penulisan tajuk artikel blog anda berjaya mencetuskan kontroversi dengan berhemah. Cuba tingkatkan daya kreativiti dengan membaca tajuk utama akhbar Harian Metro. Anda dapat belajar cara menulis tajuk entri blog yang hebat.


Pautan:

Blog-blog yang menarik perhatian ku .. | BEN ASHAARI


Tajuk Blog yang Menarik – Rahsia Blogging | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. iZiVio iZiVio 24/06/2015
  2. cikjan 24/01/2015

Leave a Reply