Pemasaran Facebook – Kesilapan Umum

2 Kesilapan Umum dalam Pemasaran Facebook.

Ramai yang tidak sedar mereka melakukan kesilapan dalam pemasaran facebook.

Dalam meniti jalan menuju kejayaan, beberapa garis panduan perlu dititikberatkan. Tanpa berpegang kepada prinsip-prinsip asas, anda mungkin tergelincir jatuh ke lembah kegagalan. Ilmu pengetahuan penting untuk memperkasakan diri dari terdedah kepada sebarang risiko kegagalan. Orang yang bijak adalah orang yang belajar dari kesilapan orang lain. Ini adalah jalan pintas kejayaan tanpa perlu merempuh dinding kegagalan berkali-kali.

2 Kesilapan Umum dalam Pemasaran Facebook

Dalam topik ini saya akan senaraikan dua kesilapan biasa yang perlu anda elakkan ketika melakukan pemasaran melalui Facebook.

  • 1. Menggunakan profil peribadi untuk pasarkan bisnes anda.

Saya tidak mengalakkan anda menggunakan profil peribadi untuk memasarkan perniagaan anda di Facebook. Berikut adalah 3 sebab mengapa saya tidak galakkan anda berbuat demikian :

Kesilapan Pemasaran Facebook - Menggunakan profil peribadi untuk pasarkan bisnes anda

  • Apabila anda menggunakan Profil peribadi, anda tidak berupaya menganalisis bagaimana pengikut bertindak balas dengan kandungan anda. Tanpa analisis ini, agak sukar untuk anda menentukan strategi pengiklanan yang berkesan di Facebook.
  • Menggunakan profil peribadi untuk memasarkan bisnes anda adalah sesuatu yang melanggar Terma Servis Facebook. Usaha anda selama ini dalam membina sejumlah besar rakan-rakan akan menjadi sia-sia apabila pihak Facebook memadam profil tersebut.
  • Meminta seseorang untuk menjadi rakan adalah tidak sama seperti anda meminta seseorang untuk like page anda. Apabila anda meminta seseorang untuk menjadi rakan, anda sebenarnya meminta kebenaran daripadanya untuk merentasi sempadan privasi seseorang itu. Pada dasarnya, anda meminta kebenaran untuk melihat gambar-gambar peribadi, senarai rakan, status hubungan, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Objektif utama penggunaan profil peribadi adalah tidak sama seperti anda menggunakan page. Objektif yang betul pastinya memberikan hasil yang cemerlang.
  • 2. Gunakan Group Facebook untuk pasarkan bisnes anda.

Satu lagi kesilapan yang biasa dilakukan oleh peniaga di Facebook, mereka menggunakan Group Facebook untuk memasarkan bisnes mereka. Sebenarnya, tujuan Group Facebook ditubuhkan adalah semata-mata untuk membolehkan para pengguna di Facebook berinteraksi, berkongsi dan berhubung antara satu sama lain dengan kepentingan dan matlamat bersama. Setiap ahli dalam Group Facebook sepatutnya mempunyai hak yang samarata berkenaan perkara yang dibincangkan. Group yang hanya didominasi oleh seorang pengguna adalah Group yang gagal.

Kesilapan Pemasaran Facebook - Gunakan Group Facebook untuk pasarkan bisnes anda


Pautan:

Teknik Pemasaran Berkesan | Majalah Niaga

Cara Mudah Buat Duit Dengan Facebook | Kerja Simple

Cara pemasaran berkesan – laman utama

Perniagaan Secara Online – Perniagaan Internet | Wizan Zaini


Pemasaran Facebook – Kesilapan Umum | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply