Tempat Menarik di Sungai Petani – Gunung Jerai Resort

Destinasi Pengembaraan Alam Semulajadi – Tempat Menarik di Sungai Petani.

Gunung Jerai Resort merupakan salah satu tempat menarik di Sungai Petani. Dianggap sebagai lambang kemegahan di Negeri Kedah, Gunung Jerai ialah puncak tertinggi di negeri ini iaitu setinggi 1217m di atas paras laut.

  • Gunung Jerai Resort menjadi tarikan pelancong yang gemar bersantai dan menghirup udara segar daripada kawasan tanah tinggi. Suhu di kawasan ini sekitar 19 hingga 24 darjah Celsius.
Gunung Jerai Resort - Tempat Menarik di Sungai Petani

Gunung Jerai Resort – Tempat Menarik di Sungai Petani.

  • Aktiviti rekreasi yang sesuai dilakukan di kawasan puncak termasuk treking dan berbasikal.

 

Pada suatu ketika dahulu, Gunung Jerai digunakan oleh pedagang Arab, Parsi, Cina dan India sebagai panduan untuk berdagang di Kedah.

 

  • Anda akan melihat bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal jika berkunjung ke Gunung Jerai. Berdasarkan sejarah, ketika Maharaja Mergong Mahawangsa berlabuh di Pulau Jeraiyang, ia disumpah Sang Kelembai menjadi batu.
Permandangan Gunung Jerai - Tempat Menarik di Sungai Petani

Tempat Menarik di Sungai Petani – Permandangan Gunung Jerai.

  • Banyak kawasan air terjun di Gunung Jerai, Kedah untuk mandi-manda. Berkunjunglah ke kawasan Taman Rekreasi Hutan Sungai Teroi untuk menikmati percutian yang sejuk dan menyegarkan.

 

  • Muzium Perhutanan yang terletak di pertengahan laluan ke atas Gunung Jerai menyediakan banyak informasi tentang pelbagai khazanah hutan tanah tinggi.

 

Formasi Gunung Jerai dikatakan sama dengan Gunung Matchicang yang berusia 300 juta tahun. Gunung ini menyimpan 1001 khazanah geologi yang menarik antaranya batu-batan berwarna warni, garnit, garnet dan monazit.

 

  • Kerajaan Negeri Kedah telah membangunkan kemudahan penginapan yang mengandungi 13 chalet, restoran, dewan, masjid dan tapak perkhemahan sebagai tarikan kepada sektor perlancongan. Terdapat banyak kemudahan asas di puncak Gunung Jerai termasuklah wakaf, laluan pejalan kaki, tandas dan kawasan rekreasi seperti di Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi.

 

  • Dari puncak gunung, saujana mata memandang, anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas. Kedudukan Gunung Jerai yang dekat dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan.

Pautan berkaitan:

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Latest Comments

  1. Hosting 24/08/2017

Leave a Reply

close

SHARE plzz... TQ 😊

Facebook
GOOGLE
TWITTER