Tips Tambah Follower Twitter – Matlamat

Tips Tambah Follower Twitter – Letakkan gol anda.

Perkara yang paling utama dalam tips tambah follower twitter adalah menetapkan matlamat.

Saya akan berkongsi secara terperinci strategi-strategi yang saya gunakan untuk mengumpul follower di akaun twitter izivio. Untuk pengetahuan anda, twitter izivio bukanlah dalam kategori tweet famous. Apa sekali pun, saya berharap ilmu yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda.

Tips Tambah Follower Twitter

Pertama sekali, saya mulakan dengan menetapkan matlamat. Kenapa kita perlukan matlamat dalam melakukan sesuatu perkara? Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa ada gawang gol, apa yang akan terjadi? Kedua-dua pasukan pastinya bermain tanpa halatuju. Kemenangan tidak dapat ditentukan. Itulah kepentingan matlamat.

Matlamat adalah sasaran yang menjadi penggerak dalam kita meniti jalan menuju kejayaan. Matlamat ini penting agar kita tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Dengan menetapkan matlamat, kita secara tidak langsung akan sentiasa fokus untuk bergerak ke hadapan.

Salah satu tips tambah follower Twitter, matlamat perlu jelas.

Pastikan matlamat yang ditetapkan adalah jelas. Matlamat yang kabur menyukarkan anda untuk merancang dan merangka strategi, seterusnya turut menyukarkan anda untuk menganalisis keberkesanan strategi yang anda gunakan. Sebagai contoh matlamat yang kabur adalah anda hanya menetapkan untuk mengumpul follower Twitter yang ramai.

Cara Tambah Follower Twitter - Target

Pelbagai masalah yang bakal timbul kemudiannya apabila anda menetapkan matlamat yang kabur sebegini. Anda seolah sedang memanah ke arah sasaran yang tidak jelas. Mungkin lebih teruk lagi anda langsung tidak nampak sasaran itu. Bagaimanakah anda boleh mengukur atau tentukan kejayaan anda?

Matlamat utama yang saya tetapkan dalam meniti jalan mengumpul follower twitter yang ramai adalah, saya ingin mengumpul sekurang-kurangnya 10 ribu follower di twitter. Apabila saya telah menetapkan gol yang jelas, ini dapat memudahkan saya pada peringkat seterusnya. Saya boleh menetapkan beberapa gol yang lebih kecil supaya saya sentiasa fokus ke arah gol yang lebih besar.

Saya tahu, ramai yang lebih cenderung untuk mengetahui apakah strategi atau cara yang saya gunakan untuk mendapatkan follower yang ramai di twitter. Saya akan kongsikan strategi dan cara tambah follower twitter dalam entri yang akan datang. Saya harap anda menetapkan dahulu sasaran atau matlamat yang anda mahukan. Ini adalah perkara terpenting untuk anda berjaya nanti.


Tips Tambah Follower Twitter – Matlamat | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply