Tips untuk Blogger Baru – Mengapa Trafik Lari

3 Tips untuk Blogger Baru – Perkara yang Anda Wajib Elakkan di Laman Blog Anda.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk blogger baru.

Ramai yang singgah ke blog anda. Setelah beberapa saat mereka terus beredar. Lebih teruk lagi mereka serik untuk lawati blog tersebut pada masa akan datang. Kenapa situasi sebegini berlaku? Jika anda tidak cuba mengatasinya, usaha anda berblogging selama ini hanya akan jadi sia-sia belaka.

3 Perkara yang Anda Wajib Elakkan di Laman Blog Anda

3 Perkara yang Anda Wajib Elakkan di Laman Blog Anda.

Berikut saya ingin kongsikan tiga perkara yang sepatutnya dielakkan di blog anda.

  • 1# Jadilah pengiklan yang bijak.

Blog anda terlalu sarat dengan iklan? Iklan yang banyak sememangnya bagus untuk anda, tetapi tidak untuk pengunjung. Sila pilih iklan yang berkualiti dan hadkan kuantiti iklan di blog anda. Anda harus sedar, pengunjung adalah lebih penting daripada pengiklan di blog anda. Tanpa pengunjung, pengiklan juga turut lari dari blog tersebut.

Tips untuk Blogger Baru - Jadilah pengiklan yang Bijak

Jadilah Pengiklan yang Bijak.

  • 2# Pastikan susun atur blog anda kemas.

Anda perlu pastikan susunan blog anda tidak berterabur, berserabut dan lintang pukang. Cuba laburkan sedikit masa untuk susun atur semula template blog itu. Pelawat suka kepada blog yang ringkas dan kemas. Susun atur template yang memudahkan pengunjung pastinya akan membuatkan mereka selesa dan leka berada di blog tersebut.

Pastikan susun atur blog anda kemas

Tips untuk Blogger Baru – Pastikan Susun Atur Blog Anda Kemas.

  • 3# Audit kepantasan blog anda.

Apa akan jadi apabila blog anda mengambil masa loading yang terlalu panjang? Belum sempat habis loading, pembaca telah pun lenyap. Sila kaji semula apa yang membuatkan blog anda mengambil masa yang terlalu lama. Mungkin terdapat muzik latar atau anda menggunakan grafik yang terlalu berat. Jika tidak, mungkin anda menggunakan script yang membebankan blog tersebut.

Sentiasa Audit kepantasan blog anda

Sentiasa Melakukan Audit untuk Mengukur Kepantasan Blog Anda.


Pautan:

Cara Buat Blog Sendiri – HasrulHassan

Cara buat blog di blogspot – malaysia stream

Bagaimana Nak Buat Blog – BloggInspired

Teknik Buat Blog|Tutorial Blogger


Tips untuk Blogger Baru – Mengapa Trafik Lari | iZiVio.com

iZiVio
Follow me

iZiVio

Founder at iZiVio Marketing
Seorang yang simple.
Rajin bersantai.
Gemar membaca.
Minat berblogging.
iZiVio
Follow me

Comments

comments

Leave a Reply